Anak Raja Dangdut ditangkap Polis kerana miliki dadah

JAKARTA – Penyanyi Indonesia, Muhammad Rhido Rhoma, iaitu anak kepada raja dangdut legenda Indonesia, Rhoma Irama, ditangkap polis Indonesia kerana didapati memiliki dadah.

Anak lelaki bongsu Rhoma yang berusia 28 tahun itu, malahan mengaku bahawa dia sebenarnya sudah ketagih lebih dua tahun dalam menyalahgunakan dadah sintetik popular jenis ice.

“Pengakuannya bahawa dia sudah pernah menyalahgunakan selama dua tahun,” jelas anggota polis yang hanya dikenali sebagai Suhermanto kepada laman berita tempatan Detikcom.

Ridho yang menyanyi sejak 2009 dilaporkan ditangkap pihak polis di daerah Daan Mogot, Jakarta Barat di sini pada Sabtu sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).

Pihak polis kemudian menemui paket dadah ice, ketamin dan alat penghisap dadah berais semasa Ridho ditangkap. Dia yang juga aktor filem tempatan belum lagi berkahwin.

Dadah ice itu ditemui di dalam sebuah kereta yang dipandu Ridho. Menurut laporan Detikcom, kereta tersebut kini dirampas polis untuk siasatan.

– AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *