Awi Rafael mahu berdakwah didalam lagu.

Kalau dulu hidupnya dipenuhi dengan kesilapan, kini Awi Rafael sedang berusaha untuk untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Penyanyi dan penulis lagu dari Singapura ini berkata, insiden kemalangan jalan raya yang dialami pada tahun lalu membuka matanya untuk berubah ke arah kebaikan.

“Saya memang banyak buat silap dalam tingkah-laku dan sikap dengan orang sekeliling sebelum ini tapi saya masih mendapat pelbagai peluang dalam bidang muzik dan diterima dengan baik.

“Saya juga pernah diuji dengan insiden kemalangan jalan raya tahun lalu namun saya terselamat. Malah saya terus mengecapi pelbagai kejayaan dan peluang lebih besar,” katanya kepada mStar Online.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan bin Gunawan Rafael, 31, bertekad mahu berdakwah menerusi karya muziknya.

“Saya mahu menjadi manusia yang lebih baik berdasarkan rasa dan pemerhatian saya pada persekitaran ini. Intipati lagu yang bermakna adalah keutamaan saya dalam berkarya sekarang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *