Ayda Jebat hangat bercinta dengan Redza Rosli?

Kebelakangan ini pelakon Redza Rosli kerap memuat naik gambarnya bersama artis kesayangan ramai, Ayda Jebat di Instagram.

Aksi mesra yang ditonjolkan dalam gambar disertakan dengan kapsyen manis menimbulkan spekulasi ramai peminat yang mendakwa mereka sekarang sedang bercinta.

Bukan sahaja gambar, malah Redza juga turut setia menemani Ayda ketika melakukan persembahan nyanyian dan majlis-majlis lain.

Tidak mahu gosip berlanjutan, Redza tampil memberi penjelasan.

“Mungkin ramai yang tak tahu tetapi kami sebenarnya sudah lama berkawan tetapi jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing.

“Bercinta itu tidak tetapi kami memang rapat sebagai kawan dan Ayda adalah seorang sahabat yang baik,” katanya kepada mStar Online.

Redza tidak menyangka foto yang dimuat naik akan menimbulkan kekeliruan kerana baginya ia hanya gambar dua sahabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *