‘Bangun Pagi Bukan Buka Buku Akademik Dulu, Buka Al Quran Dulu’

Keputusan Sijil pelajaran Malaysia baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu, ada yang berjaya dan akan meneruskan cita-cita dana ada yang kurang bernasib baik, masih boleh terus berjaya dalam hidup dalam pelbagai bidang.

Sebelum ini ramai kita terdengar tips-tips untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, ada yang sanggup memenuhkan hidup anak dengan kelas-kelas tambahan dan pelbagai lagi.

Kali ini admin kongsikan tips dan amalan yang diamalkan oleh calon terbaik SPM negeri Terengganu, adik Husna Mardhiyyah Binti Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah Imtiyaz, Kemaman.

Apabila ditanya tentang rahsia kejayaannya ternyata adik Husna begitu menekankan kehidupan beragama dalam rutin hariannya.

“Sebelum mulakan belajar, kita buka Al Quran dulu, hidup kita ini adalah satu ibadah sahaja jadi bangun pagi bukan buka buku akademik dulu, bukak Al Quran dulu, biar kita dapat keberkatan,” katanya yang merupakan anak seorang guru di Sungai Petani, Kedah.

Beliau juga menekankan hubungan baik antara manusia dengan Allah, hubungan baik dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat.

Menurut Husna Mardhiyyah, ketika ini dia mengikuti pengajian di Darul Quran sebelum berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa. – sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *