Banyak Telur Busuk Dan Berulat Di Jual Di Pasaraya Penang?

10/03/2017 Seberang Jaya – Setiap orang yang berdepan dengan situasi seperti ini pasti akan merasa marah dan kecewa. Telur yang dibeli pada harga yang agak mahal di pasaraya atau kedai runcit, apabila di bawa balik dan ingin menggunakannya didapati telah berulat dan busuk.

Beberapa keping gambar telur telah tular di media sosial apabila seorang netizen telah berkongsi terbeli telur ayam di sebuah pasaraya di sini dan terkejut apabila melihat telur tersebut telah busuk.

Malah, telur itu juga telah dipenuhi dengan ulat. Pembeli itu telah mempertikaikan tindakan pihak pengurusan pasaraya yang tidak peka dengan perkara ini.

Sepatutnya pihak pengurusan pasaraya perlu mengambil berat tentang perkara ini. Sudah pasti ramai pembeli lain juga pernah mengalami situasi seperti ini.

“Rasanya berapa orang pelanggan dah terkena macam kami? Ini bukannya telur yang dijual pada harga promosi, punyalah nak ambil yang elok ambil dalam kotak, tengok-tengok jadi macam ini juga,” tulisnya.

Menerusi status itu, pengguna lain juga telah berkongsi pengalaman berhadapan dengan perkara seperti ini juga. Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta semua pengguna untuk membeli barang di market sahaja kerana lebih segar.

Sehingga kini, pihak pengurusan pasaraya terbabit masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini. Tetapi, pengguna haruslah lebih berwaspada dan berhati-hati dalam membeli barangan makanan di masa akan datang untuk mengelakkan perkara yang sama dari berlaku. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *