Batu Maung Bakal Pupus Digantikan Dengan South Bay

16/03/17 – Tidak lama lagi kawasan Batu Maung bakal pupus sepenuhnya dan tidak akan ada lagi lokasi Batu Maung dalam peta Malaysia. Hal ini kerana kawasan tersebut bakal digantikan sepenuhnya dengan South Bay.

South Bay adalah salah satu mercu tanda kemegahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana pembangunan pesat dinaikkan serta langit dihiasi dengan bangunan pencakar langit yang tinggi, bunyinya macam menarik bukan?

Tapi sedar atau tidak sebenarnya kerajaan DAP Pulau Pinang secara perlahan-lahan telah membuat pembersihan terhadap kampung-kampung tradisi di Batu Maung dan menggantikannya dengan pembangunan mewah yang diberi nama South Bay.

Kawasan kampung-kampung yang menjadi penempatan orang Melayu habis dimusnahkan demi membina perumahan dan bangunan mewah yang cantik menghiasi di tepi pantai. Korang rasa penduduk kampung yang kehilangan tempat tinggal gara-gara DAP tu, mampu ke nak beli kondominium mewah yang disediakan DAP tu?

Harganya sahaja yang paling murah adalah RM790,000 seunit…, Nampak gayanya golongan berpendapatan rendah hanya mampu tengok jela. Jelas DAP sebenarnya tidak berniat untuk menyediakan pembangunan bagi yang kurang berkemampuan.

Sebaliknya lebih mementingkan golongan elit dan atasan…, Boleh jadi DAP nak hapuskan virus-virus orang kurang berpendapatan di kawasan tersebut. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu jadikan batu Maung yang ditukar nama kepada South Bay sebagai penempatan golongan mewah dan atasan.

South Bay yang baru dibina tersebut terang-terangnya disebut bakal menjadi penanda aras yang baru bagi pemilikan hartanah di kawasan berkenaan, lantas menjadi kemegahan rakyat Pulau Pinang. Rakyat marhaen hanya mampu melopong melihat bangunan mewah yang tidak setaraf dengan mereka itu.

DAP Pulau Pinang kini dalam misi untuk menghalau golongan miskin dan menghapuskan perkampungan daif yang menyakitkan mata Guan Eng.

Apa yang Setiausaha Agung DAP itu mahu lihat adalah bangunan mewah yang dihiasi dengan keindahan pantai, disamping menghirup udara segar tanpa dicemari nafas orang miskin. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *