Berkahwin Hampir Setahun Tetapi Masih Dara Kerana Tidak Pernah Disentuh Suami

16/03/2017 – ‘Saya dah berkahwin hampir setahun tetapi suami belum pernah sentuh saya dan saya masih anak dara lagi,” itulah luahan yang dikongsikan oleh seorang wanita yang tidak pernah disentuh oleh suaminya walaupun sudah berkahwin.

Wanita ini telah berkongsi kisah rumah tangganya yang telah lama dipendam seorang diri. Sehingga satu tahap wanita ini akui rasa terseksa kerana tidak diberi nafkah batin oleh suaminya sendiri, sedangkan mereka merupakan pasangan yang sudah halal.

Alasan yang diberikan oleh suaminya yang tidak mahu bersama hanya kerana belum bersedia mempunyai anak.

“Saya dah berkahwin tapi belum setahun lagi. Selama berkahwin suami belum pernah sentuh saya dan saya masih anak dara lagi, saya tahu banyak kes-kes macam saya kat luar sana tapi saya masih bersabar dan tak berhenti berdoa supaya Allah bukakan pintu hati suami

“Saya sedih bila balik kampung keluarga dan saudara mara tanya pasal anak, saya hanya mampu jawab belum ada rezeki. Allah saja yang tahu betapa sedihnya hati saya. Suami saya seorang yang tak pernah tinggal solat, penyayang, berakhlak, nafkah semua cukup tak ada yang kurang, cuma bermasalah seperti yang saya ceritakan tadi, sebab tu saya masih mampu bertahan dan sabar.

“Saya dah pernah berbincang dengan suami apa masalah dia sampai tak boleh nak melayan saya, jawapan dia sebab tak nak anak buat masa sekarang tapi takkan lah sampai camtu sekali.

“Ada banyak cara kalau taknak anak pun tapi bukan dengan cara mengabaikan perasaan saya. Saya juga manusia biasa punya nafsu dan perasaan, saya terseksa sebab dia hanya puaskan nafsunya sendiri dengan menyuruh saya puaskan dirinya dengan cara yang dia suruh, tapi cara tu tak bertentang dengan agama,” tulisnya.

Sepanjang berkahwin wanita ini hanya puaskan nafsu suaminya sahaja. Walaupun tidak rela tetapi suaminya akan memaksa juga untuk puaskan nafsu suaminya. Tetapi, suaminya langsung tidak melayan nafsu batin isteri.

Walaupun perkara ini nampak remeh tetapi wanita ini seperti sudah hilang sabar. Sehingga kini wanita ini runsing sama ada perlu meminta cerai atau tidak. Perkahwinan ini adalah menyatukan hubungan suami isteri dan berkongsi segala masalah bersama dan bertolak ansur. Janganlah menjadi suami yang hanya mementingkan diri sehingga mengabaikan nafsu batin isteri dan biarkan isteri terseksa. – MissA/UtaraNews.com

One thought on “Berkahwin Hampir Setahun Tetapi Masih Dara Kerana Tidak Pernah Disentuh Suami

  • 20/03/2017 at 12:33 am
    Permalink

    family planning.. air mani pancut luar..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *