Bertembung Sesama Sendiri, Dua Penunggang Motosikal Temui Ajal

KOTA BHARU – Dua lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggang masing-masing bertembung sesama sendiri di Kampung Pasir Tok Kambing Kedai Lalat di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Muhamad Yushafis Mat Yusoff, 30, yang menunggang Yamaha Nouvo LC dari arah bertentangan manakala dan Ekma Mat Yussin, 49, yang menunggang Honda C90 dalam perjalanan dari Binjai ke Kedai Lalat.

Kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, ketika kejadian Ekma dalam perjalanan dari arah Binjai ke Kedai Lalat.

Baharom berkata ketika sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang Ekma bertembung dengan Muhamad Yushafis yang datang dari arah bertentangan.

“Kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *