Betty Chew Tak Pernah Dipilih Oleh Rakyat Untuk Jadi Ketua Majlis Di PCCC

21/03/17 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng panas punggung apabila Datuk Rizal Mansor mendedahkan bahawa dirinya langsung tidak tahu mengenai pengurusan air walaupun dilantik sebagai pengerusi eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.

Lebih panas hati apabila tembelang isterinya Betty Chew terbongkar…, Sebenarnya isteri Setiausaha Agung DAP itu dilantik oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah badan itu tanpa persetujuan rakyat.

Maknanya Betty dilantik bukan atas pemilihan dan keredhaan rakyat pun, dia dilantik sendiri melalui kuasa yang dimiliki oleh Lim Guan Eng. Akan tetapi, oleh sebab timbulnya kontroversi dan rasa tidak puas hati rakyat, Betty telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari jawatan tersebut.

Yela, bila dah kantoi dilantik bukan atas dasar pemilihan yang betul, barulah Betty ni nak cover line! Korang nak tahu kenapa Guan Eng pilih isteri sendiri sebagai Ketua Majlis? Sebab Betty dan Guan Eng boleh kawal hal-hal yang melibatkan pembangunan, pembinaan dan pengurusan hartanah di Pulau Pinang.

Bukan tu je, dorang juga mahu mengawal projek jualan tanah dan hartanah Pulau Pinang yang dijual berbilion ringgit di Pulau Pinang. Jadi korang ingat PCCC ni saja-saja je nak lantik bini menteri sebagai Ketua Majlis?? Dah tu, tugas yang dipegang Betty tu bukan dipilih oleh rakyat.

Kekuatan utama dan sumber keuntungan Guan Eng sebenarnya terletak dalam PCCC, bukan tu je Phang Li Khoon yang terlibat dengan kes rasuah bersama Guan Eng juga mempunyai jawatan dalam PCCC.

Jadi tidak hairanlah kenapa Guan Eng dapat beli banglo mewah Phang dengan harga yang jauh lebih murah dan diluar pada harga pasaran. Rupa-rupanya dorang ni memang sudah berpakat.

Ditambah pula apabila Phang tu sebenarnya kawan baik Betty, jadi tak hairanlah kenapa Betty turut dikaitkan dengan penjualan rumah banglo tersebut. Memang patut la rakyat tak suka bila Betty jadi Ketua Majlis!

Sedangkan Guan Eng sendiri menaikkan dan memberi jawatan istimewa kepada isteri sendiri demi memastikan dorang dapat memungut kekayaan mudah di Pulau Pinang.

Tetapi boleh pulak Guan Eng mempertikaikan jawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam Permata yang hanya ditugaskan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak dan golongan wanita. Bukannya untuk menjaga tanah dan hasil penjualan tanah di Pulau Pinang seperti Betty. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *