BN akan kalah jika buat pilihanraya mengejut di Sabah.. – Aktivis Belia

Aktivis belia terkenal Sabah, Jufazli Shi Ahmad  meramalkan penyingkiran BN jika  pilihan raya mengejut diadakan di negeri Sabah.

Beliau berkata peluang BN untuk menang “hampir tidak wujud.”

Katanya, rakyat Sabah sudah “bosan dengan janji-janji palsu.”

“Selama lima penggal dan lebih 20 tahun BN telah gagal untuk menunaikan manifesto mahu menjadikan Sabah sebuah negeri maju,” katanya menerusi portal FMT.

“Jalan-jalan berada dalam keadaan yang teruk dan kita tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air di kebanyakan tempat.”

Beliau berkata, kewujudan banyak parti pembangkang adalah satu kelebihan, bukan kelemahan untuk rakyat Sabah.

Katanya, penganalisis politik gagal untuk melihat bahawa kewujudan lebih pihak pembangkang adalah baik untuk Sabah.

“Lebih banyak pilihan yang kita ada. Sebenarnya, kita menunggu pilihan raya mengejut supaya kita akhirnya boleh menukar kerajaan.”

Beliau berkata Shafie, “bukan seperti Najib dan (Ketua Menteri Datuk Seri) Musa Aman”, beliau popular di kalangan rakyat.

“Shafie Apdal telah memperlihatkan karisma tersendiri dan beliau sangat mesra dengan rakyat Sabah. Rakyat Sabah juga suka beliau.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *