BR1M: Kerajaan Mahu Bantu Rakyat Yang Memerlukan Bukan Yang Malas

07/03/2017 – Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) adalah polisi bantuan menangani kos sara hidup yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

BR1M juga adalah sebenarnya satu formula ekonomi untuk menstabilkan tekanan inflasi, BR1M ialah salah satu stimulasi pakej ekonomi, atau pakej rangsangan ekonomi.

Ini kerana negara kita telah beberapa kali mengalami masalah pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, hanya Najib yang memperkenalkan skim bantuan ini bagi membantu golongan-golongan sasar iaitu keluarga yang berpendapatan bawah RM4,000. Namun ada juga segelintir pihak yang menuduh pemberian BR1M merupakan “sedekah politik”.

Diingatkan, pemberian BR1M bukan “sedekah politik” tetapi satu penyusunan sosial rakyat yang berteraskan wang kerajaan.

Oleh itu, pemberian BR1M harus mematuhi garis panduan dan prosedur supaya ia mencapai golongan sasar. Ia tidak boleh dilakukan secara mudah atau sambil lewa atas alasan tidak mahu menyusahkan rakyat.

Jika anda benar-benar memerlukan bantuan ini, maka ikutlah peraturan dan kehendak yang telah ditetapkan.

Sejak awal, sudah dimaklumkan bahawa pemohon BR1M perlu mendaftar dan mengisytiharkan pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ini kerana LHDN merupakan pihak yang layak menentukan jumlah pendapatan anda dan sama ada anda layak menerima BR1M ataupun tidak.

Disamping itu, jika anda atau pasangan anda mendaftar syarikat dengan SSM dan tidak menghantar penyata kewangan, maka LHDN tidak dapat mengesahkan pendapatan anda. Jadi permohonan anda tidak boleh diproses atau terpaksa ditolak.

Sehubungan itu, jika tiada perniagaan dan tidak mahu menyediakan laporan penyata kewangan, tidak perlulah maki-maki kerajaan kononnya tidak prihatin kepada orang miskin.

Jika anda boleh daftar syarikat di SSM, mengapa anda tidak boleh laporkan kewangan anda kepada SSM seperti mana syarat dalam penubuhan syarikat.

Paling tidak, apakah anda boleh daftar syarikat tetapi tidak boleh berusaha menutupnya? Ia bukan soal menyusahkan sesiapa. Tapi jika kita mahu bantuan kenalah ada usaha sedikit memenuhi prosedur untuk bantuan, bukan maki-maki kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *