Bukan Kali Pertama Bekas Adun Batu Uban Hina Islam

14/03/17 – Siapa tak kenal dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Uban di Pulau Pinang, Raveentharan a/l V Subramaniam. Dia ni sama saja macam blogger kontroversi yang suka hina Islam, Alvin Tan.

Malah ini bukan kali pertama Raveentharan menghina Islam, sebenarnya sudah tiga kali dia menghina Islam bahkan segala posting share di Facebook miliknya boleh dikatakan semuanya menyokong perbuatan penghinaan terhadap agama Islam.

Posting terbarunya di Facebook menunjukkan bahawa Raveentharan mengeluarkan satu kenyataan mendakwa agama Islam bukanlah agama yang membawa kepada keamanan.

Akibat daripada tindakan biadapnya yang tidak pernah serik untuk menghina Islam, perbuatannya itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat bekas wakil rakyat tersebut.

Khalid mendesak Raveentharan untuk menjelaskan maksud “Islam was never a religion of Peace” yang dimuatnaiknya di laman sosial tersebut. Ini ekoran daripada posting berbaur hasutan dalam laman akaun Facebooknya.

Akibat daripada tuntutan Ketua Polis Negara tersebut dan sikap si penghina agama Islam yang terlalu khusus memijak maruah agama lain. Raveentharan kini sedang ketakutan dan segera menarik semula kata-katanya.

Selama ini bukan main seronok lagi menghina agama Islam disebabkan tiada siapa ambil tindakan terhadapnya, makin menjadi-jadi perangainya. Namun kini apabila perbuatannya mendapat respon dari pihak polis baru Raveentharan nak takut.

Raveentharan, seorang peguam berpangkalan di Georgetown yang digugurkan daripada senarai calon semasa Pilihan Raya Umum ke-13 terus minta maaf pada seluruh umat Islam.

Kononnya dia tak berniat dan tak bermaksud untuk berkata demikian… Katanya beliau hanya memberi respon terhadap artikel penceramah bebas, Dr Zakir Naik. Huh! Iyela tu, padahal selama ini postingnya semua hina Islam.

Bertahun-tahun menghina Islam, kini baru dia nak minta maaf kerana telah menyakiti hati saudara Islam dan kawan-kawannya yang juga beragama Islam. Elok la, nanti lepas minta maaf buat lagi. Sama je macam geng yang suka hina Islam yang lain. Patut sumbat dalam penjara je ni. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *