Cara mudah untuk hilangkan pedas ketika makan sambal.

Kepada yang gemar dengan masakan pedas, sudah tentunya tidak lengkap jika menjamu selera tanpa ditemani sambal.

Sambal sebenarnya berfungsi untuk memikat selera. Tetapi mampukah anda bertahan jika sambal itu terlalu pedas?

Jika terlalu pedas, biasanya seseorang itu sudah rasa tidak selesa dengan hidung mulai berair, kulit kepala gatal, hingga wajah berubah merah padam.

Biasanya perkara sebegini terjadi kepada orang yang tak tahan rasa pedas. Tahukah anda bagaimana mahu mengatasinya?

Jika terlalu pedas sebenarnya tidak akan hilang jika kita terus minum air biasa. Gantikan dengan dengan susu atau yoghurt.

Capsaicin atau zat pedas pada cili sukar untuk larut dengan air.

Sebaliknya, minyak dapat melarutkan zat tersebut. Capsaicin tidak hanya memberi rangsangan pada mulut, tetapi juga pada mata, kulit, dan usus.

Ukuran kepedasan cili itu sendiri direkodkan dalam Scoville Heat Unit (SHU).

Di dunia perdagangan antarabangsa, ukuran minimal kepedasan cili adalah 480.000 SHU. Di bawah ukuran tersebut, cili tergolong dalam kelompok jenis makanan rasa manis, bukan pedas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *