Dakwaan pembangkang terbukti adalah fitnah murahan

1/3/2017- Sebelum ini, pembangkang mendakwa kononnya syarikat Arabian Oil Company (Saudi Aramco) menarik diri daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut terbukti meleset apabila syarikat tersebut telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas, semalam.

Petronas semalam menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion yang disaksikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perjanjian berkenaan membolehkan syarikat Arab Saudi itu menguasai 50 peratus ekuiti dalam aset kraker dan penapisan di bawah RAPID.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan kerjasama itu bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan serta menjadikan kawasan Parlimen Pengerang tumpuan pelabur dalam dan luar negara.

“Semua anak jati Johor tidak kira kedudukan, agama dan bangsa harus mengalu-alukankan pelaburan besar seumpama ini kerana ia akan meletakkan negeri Johor di mata dunia,” katanya.

Tambah beliau yang juga anggota Parlimen Pengerang lagi, pelaburan itu bakal memacu pembangunan negeri serta kemakmuran rakyat Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.

Azalina berkata, kejayaan ini tidak mampu direalisasikan tanpa ada usaha daripada kerajaan negeri dan persekutuan terutama dalam menarik pelabur bertaraf global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *