DAP Akan Bazirkan RM222 Ribu Duit Rakyat Untuk Cat Logo ‘Saya Sayang Pulau Pinang’

21/03/17 – Langsung tidak masuk akal! DAP Pulau Pinang sanggup bazirkan wang rakyat sebanyak RM222,190.20 hanya kerana mahu mengecat logo “Saya Sayang Pulau Pinang”.

Ada patut habiskan duit rakyat dengan perkara tak masuk akan macam tu… Kononnya nak mempergiatkan kempen “Saya Sayang Pulau Pinang”. Nampak sangat itu semua hanyalah satu taktik bermotifkan politik.

Sepatutnya duit sebanyak itu diperuntukan untuk membantu golongan miskin tegar di Pulau Pinang seperti yang dicadangkan oleh Timbalan ketua biro perkhidmatan awam dan pengaduan MCA Pulau Pinang, Tan Eng Hin. Bukannya ‘joli’ duit rakyat demi kepentingan politik.

Sementara itu, Exco perancangan bandar dan desa, dan perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo memberitahu bahawa DAP akan mengecat 45 blok pangsapuri perumahan awam bersama dengan logo tersebut.

Buat penat je rakyat Pulau Pinang bayar cukai mahal-mahal kerana akhirnya wang tersebut dihabiskan untuk mengecat logo “Saya Sayang Pulau Pinang” je. Jumlah tu bukannya sikit tau! Lagi banyak pada duit yang digunakan untuk cat kawasan berbasikal tempoh hari.

Apa yang anehnya, sebelum ini di Selangor yang diperintah pembangkang bukan main lagi dorang haramkan papan iklan bertanda “Satu Malaysia” dipasang secara menyeluruh di negeri tersebut. Alasannya, konon ia bermotifkan politik.

Tapi bila Ketua Menteri, Lim Guan Eng nak cat logo ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ takde masalah pulak. Bukankah itu bermotifkan politik ke beb?! Jelas tindakan tersebut menunjukan bahawa Pakatan Pembangkang melanggar peraturan mereka sendiri.

Nak cat logo ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ tu lagi gila ideanya dari memasang papan iklan “Satu Malaysia”! Hairan juga, kalau dorang sendiri boleh buat tapi kenapa melarang orang lain berbuat demikian.

Tak sedar ke yang dorang sebenarnya yang menghabiskan duit rakyat? Dah tu masing-masing cakap tak serupa bikin, orang lain pandai mengkritik menyalak bagai tapi akhir sekali diri sendiri yang buat.

Daripada dorang sibuk nak cat logo “Saya Sayang Pulau Pinang” lebih baik DAP cat je terus ‘Saya Sayang Tokong Lim’ atau ‘Saya Sayang Pak Siang’ di atas blok-blok pangsapuri tu. Baru jelas sikit mesej sebenar yang cuba nak disampaikan DAP tu.

Tak pun lukis terus muka Guan Eng dan Kit Siang kat semua blok pangsapuri dan rumah mewah kat Pulau Pinang tu, baru betul namanya Pulau Pinang milik generasi Lim. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *