DAP Hasut Sentimen Perkauman Bila Kata Tsunami Melayu Akan Terjadi Pada PRU14

22/03/17 – DAP sekali lagi cuba untuk mewujudkan sentimen perkauman apabila mendakwa Tsunami Melayu bakal terjadi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Jelas bahawa puak cauvinis DAP tersebut cuba untuk mengucar-kacirkan keharmonian kaum di negara ini.

Pelik sungguh, apabila DAP menyatakan bahawa bakal terjadinya Tsunami Melayu pada PRU14 nanti, mereka turut menafikan bahawa kenyataan tersebut berbaur perkauman dan bertindak mempertahankannya tanpa rasa bersalah.

Akan tetapi, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mendakwa Tsunami Cina bakal berlaku pada PRU13 yang lalu.. Amboiiiii, bukan main lagi geng DAP ni menyalak seperti terkena histeria dan menuduh Najib bersifat perkauman.

Hanya kerana kenyataan “Tsunami Cina” tersebut pihak DAP menjadi marah dan meroyan tidak tentu hala, siap menuduh ianya berbaur perkauman. Tapi bila DAP sendiri berkata mengenai “Tsunami Melayu”, boleh pulak dorang bertindak menghalalkan perkara tersebut.

Itu tak sebut lagi pasal bagaimana DAP menterjemahkan ayat “using Melayu to skrew Melayu to watch the best show of a lifetime”, ayat tersebut langsung tidak dianggap sebagai isu perkauman bagi DAP.

Alahhhh… Bagi DAP apa yang dorang buat semuanya betul tapi kalau orang lain yang buat, terus jatuh hukum haram. Bayangkan la kalau ada orang guna ayat “menggunakan Cina untuk skrew Cina bagi menonton persembahan terbaik seumur hidup”.

Fuhhhhhh…. Pastinya DAP bakal meroyan dan menjaja cerita yang sama selama bertahun-tahun. Pasti DAP bakal memandang perbuatan tersebut seperti merogol, membunuh dan membakar ibu sendiri! Seperti satu pembunuhan yang teramat kejam!

Bukan itu sahaja, Karpal Singh juga pernah menggelarkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai individu paling rasis dalam Malaysia sebelum PRU13. Bahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah dihentam DAP kerana menyatakan bahawa dirinya adalah “Malay first , Malaysian Second“.

Masa tu teruk dorang ni kena hentam, tapi itu semua dulu, sekarang ini Mahathir dan Muhyiddin tidak lagi dianggap rasis kerana mereka telah menjadi sahabat yang sangat akrab dan tidak boleh dipisahkan lagi. Itu lah perangai DAP. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *