DAP Kini Dimonopoli Oleh Anak Beranak Lim

20/03/2017 – Susulan seramai 182 orang ahli DAP serta empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti baru-baru ini, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menempelak DAP sebagai sebuah parti anak-beranak Lim yang mengamalkan pemerintahan diktator dan tidak demokrasi.

Namun jika dilihat kenyataan balas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seperti merelakan sahaja pemergian ahli mereka.

Malah, pemimpin parti rasis dan cauvinis itu menganggap ahli yang keluar parti tersebut sebagai sampah dan mendakwa mereka yang keluar parti itu tidak pernah memberi apa-apa sumbangan kepada parti.

Walaupun kenyataan Guan Eng kelihatan tenang tetapi DAP sebenarnya tidak mampu lagi menyembunyikan konflik dalaman parti mereka.

Ini kerana ada pemimpin dalaman DAP tidak senang dengan hubungan baik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad bersama DAP, tetapi kepimpinan DAP langsung tidak mendengar suara akar umbi.

Menurut Liow, selain Penasihat DAP Lim Kit Siang, anaknya, Guang Eng juga mengamalkan cara kepimpinan parti keluarga seperti Kit Siang dan anak.

“Sudah hanpir 40 tahun kita lihat cara kepimpinan diktator ini diamalkan dalam DAP dimana Kit Siang masih berada di situ juga” ujar Liow.

Keadaan ini menyebabkan ramai pengundi DAP mula gelisah. Walaupun DAP sering melaungkan parti itu sebuah parti demokrasi, namun ia dilihat hanya pada nama sahaja.

Jika dibandingkan dengan parti lain seperti UMNO, pemimpin saling datang dan pergi. Inilah yang dikatakan contoh demokrasi yang telus.

Justeru, DAP boleh dikatakan yang sebenarnya merosakkan ikatan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan PAS keluar daripada ikatan tersebut.

Kit Siang dari awal penubuhan 1960 hingga kini, masih lagi berkuasa dalam parti, biarpun fakor usianya tidak menggalakkan tetapi beliau tidak peduli. Apabila menang sahaja, bukan bakti yang dicurahkan kepada rakyat tetapi dilihat lebih kepada bermain politik.

Disebabkan itulah rakyat Sarawak telah menolak DAP, kini di Melaka pula dilihat membuat tindakan yang sama apabila ahli dan pemimpin DAP mula mengumumkan untuk keluar dari parti rasis dan cauvinis itu.

Namun jika di Johor, DAP tidak berani menyerang projek Forest City. Ini kerana mereka bersikap selektif isu dan menyerahkan kepada Bersatu untuk meraih politik murahan.

Isu yang tidak mendatangkan keuntungan dan membuat rakyat marah, DAP akan menyerahkan kepada parti lain. Selain itu, jarang dilihat pemimpin DAP mempertahankan rakan seperjuangan mereka daripada parti lain dalam pakatan.

Ini kerana kerjasama mereka hanya dilihat menguntungkan sebelah pihak sahaja. Oleh demikian, pengundi DAP perlu buka fikiran dan diingatkan supaya jangan korbankan masa depan negara kerana taksub kepada parti yang tidak menjanjikan apa-apa kebaikan.

Parti sedemikan hanya tahu bermain politik sahaja tanpa menumpukan kepada kebajikan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *