DAP Mengamuk Bila Nama Bini Guan Eng Dipermainkan

20/03/17 – Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin naik angin dan berang apabila nama isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Betty Chew disebut-sebut oleh pembantu Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.

Pemimpin DAP tersebut mendakwa Rizal sengaja mengheret nama isteri Guan Eng kerana mahu mempertahankan DS Rosmah yang ketika ini menjadi penaung kepada Permata, yang merupakan sebuah agensi pembangunan pendidikan kanak-kanak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Rizal sebelum ini mendakwa Betty pernah dilantik sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), namun perkara tersebut dinafikan dengan alasan Betty telah menolak lamaran tersebut.

Sebenarnya peranan Betty dalam PCCC sama sahaja seperti DS Rosmah yang terlibat dalam program pendidikan awal kanak-kanak. Jadi jika DAP mahu mempertikaikan peranan isteri Perdana Menteri dalam Permata.

Bagaimana pula dengan peranan Betty dalam PCCC?? Siapakah dia untuk dilantik sebagai salah seorang individu penting dalam PCCC, jika bukan kerana beliau isteri ketua menteri Pulau Pinang? Malah kenapa DAP menghalalkan perkara tersebut sedangkan mereka mengharamkan DS Rosmah untuk menjadi penaung Permata?

Jika DAP mahu mengamuk kerana Rizal mempertikaikan mengenai kedudukan isteri Setiausaha Agung DAP tersebut, jadi kenapa mereka harus mempertikaikan kedudukan DS Rosmah sedangkan apa yang dilakukannya sama sahaja seperti yang dilakukan Betty.

Cuma apa yang menjadi persoalannya, adakah Betty menerima sebarang elaun atau ganjaran hasil daripada menjadi Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam PCCC?

Sementara itu, disebabkan mahu mempertahankan dan membersihkan nama isteri Guan Eng yang telah diusik oleh Rizal, Bee Yin mendakwa kononnya Rizal telah menipu dan sengaja memutar belitkan fakta yang didedahnya tersebut.

Hairan, kalau sebelum ni DAP berpesta dan bersuka ria mempermainkan nama DS Rosmah tanpa rasa bersalah, memfitnah beliau dan memburuk-burukkan apa sahaja yang dilakukannya tanpa sebarang halangan, jadi sekarang ini bila semua tu kena batang hidung dorang.

Baru dorang nak melenting, mengamuk dan rasa tidak berpuas hati. Patutnya DAP cermin dulu isteri pucuk pimpinan DAP sorang tu sebelum sibuk nak hentam isteri Perdana Menteri. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *