DAP Pulau Pinang Kini Buang PAS Dalam Tong Sampah

20/03/17 – Parti PAS kini hanya diibaratkan seperti sampah kotor yang jijik oleh parti cauvinis DAP…, Malah DAP Pulau Pinang kini sedang mempergiatkan kerja-kerja pembersihan sampah yang rata-ratanya datang dari PAS negeri tersebut.

Makin bersorak sakan la DAP apabila PAS dikatakan telah memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu (PPBM). Jadi senang sikit DAP nak buat kerja-kerja penyingkiran PAS dari pentadbiran Pulau Pinang.

DAP lupa bahawa jika tidak kerana PAS, mana mungkin parti tersebut mampu menang dan berkuasa di Pulau Pinang. Tapi kini bagaikan habis madu sepah dibuang, DAP secara perlahan-lahan menyingkirkan PAS setelah mereka selesa berkuasa.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendedahkan bahawa parti tersebut lebih senang berurusan dengan PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti baharu cebisan UMNO dan PAS. Ketiadaan PAS dikatakan telah mengeratkan lagi hubungan antara mereka dalam Pakatan Harapan.

Ketiadaan PAS dan penyingkiran wakil rakyat parti tersebut dari Pulau Pinang dikatakan telah membuka ruang kepada kerjasama antara PAN dan PPBM. Kononnya pakatan pembangkang diperkukuhkan dengan adanya parti baharu tersebut.

Korang nampak tak bahawa secara perlahan-lahan DAP telah berjaya menghancurkan parti-parti Melayu terbesar dalam negara ini, apa yang tinggal hanyalah parti Melayu yang nama sahaja Melayu padahal mereka adalah keldai kepada DAP.

Senang-senang je DAP melupakan pengorbanan dan semangat setiakawan yang ditunjukkan PAS pada zaman reformasi dan ketika Pakatan Rakyat wujud sebelum ianya terkubur kerana PAS dan DAP tidak bersepandangan dalam beberapa isu akidah Islam.

PAS kini enggan bekerjasama dengan DAP kerana parti tersebut telah menentang agenda perjuangan PAS…, Akibat daripada itu, PAS enggan untuk bersama DAP dalam merangka kerjasama atas dasar dosa dan kezaliman yang diharamkan oleh Islam.

Disebabkan rasa tercabar diatas keengganan PAS untuk tunduk pada kehendak DAP, kini parti tersebut mula untuk memusnahkan parti Islam di negara ini dengan menyingkirkan mereka dari negeri Pulau Pinang yang ditadbir sepenungnya oleh parti zionis DAP. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *