Datuk Rosyam Nor bantu Usahawan Kecil melalui Drama Chor & Chah..

Penerbit, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor menerusi syarikat produksi miliknya Suhan Movies & Trading Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SME Corp Malaysia bagi menerbitkan drama mini bersiri “Chor & Chah”.

Drama mini bersiri itu dihasilkan untuk membantu usahawan baru sebagai kit bantuan yang mana ia penuh dengan pengisian informasi mengenai perniagaan.

“Pihak SME mahu menerbitkan rancangan yang penuh informasi mengenai program dan bantuan yang disediakan. Mereka melihat drama mampu menjadi antara saluran terbaik untuk tujuan berkenaan.

“Menariknya, drama ini bukan memberi informasi semata-mata, tetapi ia tampil dengan plot cerita yang tidak membosankan,” katanya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon “KL Gangster 2” ini lagi, selain menghiburkan, drama mini bersiri ini turut akan memberi manfaat kepada penonton mengenai maklumat tepat untuk memulakan perniagaan dengan mudah.

Drama mini bersiri itu mempunyai 12 episod yang mana ia akan disiarkan di laman sosial YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Pendekatan menggunakan platform media sosial dibuat berikutan ia dilihat sebagai kaedah terbaik kerana drama mini tersebut menyasarkan penonton daripada golongan muda.

Penggambaran “Chor & Chah” akan memulakan penggambaran pada bulan Mei depan yang mana ia akan dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Ummi Nazeera, Hafreez Adam dan Luqman Hafidz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *