Deejay Hot FM dituduh sebagai Duda gatal.

Penyampai radio Hot FM, Issey Fazlisham mengakui masih belum memikirkan soal kahwin. Sebaliknya, pengacara Mentor Mellenia ini mengakui mahu fokus pada kerjaya seninya.

“Kahwin? Nanti dululah kot. Kalau kata orang tua cakap, ‘kubur pun masih lagi merah’. Rileks dululah,” katanya ketika ditemui di Majlis Lepak Santai bersama penyampai radio Hot FM dan Kool FM di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, Selalu lalu.

Issey menambah, kerjaya seninya masih lagi boleh dikira baru. Jadi untuk tempoh setahun dua, dia tidak melihat perkahwinan sebagai suatu hal yang menjadi keutamaanya ketika ini.

“Saya juga akui sebab kes itu, ada yang mula cop saya sebagai lelaki gatal. Hakikatnya, saya tak gatal pun. Nampak je macam gatal.

“Masa kami berpisah, saya masih lagi baru nak menapak dalam industri seni. Jadi memang ada tekanannya di situ. Nak tak nak, bila melibatkan soal kerja, hal peribadi kena ketepikan,” luah Issey yang sah bercerai pada 21 Ogos 2016 selepas mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *