Dihukum bersihkan Zoo kerana menyiksa kucing

DUBAI – Gara-gara memberi seekor kucing untuk dimakan oleh beberapa ekor anjing, tiga lelaki diperintahkan untuk membersihkan zoo selama empat jam sehari dalam tempoh tiga bulan.

Perbuatan mereka dilakukan dirakam dalam video.

Dalam rakaman itu, suara seorang lelaki didengari menyuruh dua ekor anjing untuk mengheret kucing dari kandang terbuka untuk dimakan selepas kucing itu makan ayam dan burung merpati.

Emir Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum mengutuk “tindakan kejam dan zalim”.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada tiga lelaki berkenaan akan didakwa atas tindakan kejam itu.

Mejar Jeneral Khalil al-Mansouri, dari Jabatan Siasatan Jenayah Dubai berkata, mereka yang disabitkan dengan kekejaman ke atas haiwan boleh menghadapi hukuman penjara dan denda berat di bawah undang-undang baharu di Emiriah Arab Bersatu.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak menghantar video itu di laman media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *