Ditendang Suami Kerana Mengidam Mangga Muda, Bayi Dilahirkan Cacat Seumur Hidup

21/03/2017 – Mengidam dan ibu hamil sangat sinonim. Keinginan untuk makan sesuatu makanan tidak boleh disekat-sekat, bahkan ada yang teringin nak makan aiskrim di tengah malam.

Mengidam biasanya perasaan keinginan yang terlalu tinggi untuk makan makanan yang jarang dimakan atau melakukan sesuatu yang pelik. Tetapi, tidak semua suami yang dapat tunaikan permintaan pelik isteri yang mengidam. Malah, suami merasakan mengidam isteri ini sengaja di buat-buat.

Kisah yang dikongsikan seorang wanita, hanya kerana mengidam mangga muda. Perutnya yang sedang hamil 6 bulan ditendang suami sehingga bayinya cacat seumur hidup.

Wanita yang dikenali sebagai Aisyah mendedahkan suaminya seorang yang panas baran, apabila bercakap tentang duit pasti akan membuatkan suaminya naik angin.

Kes ini berlaku pada tahun lalu diluahkan oleh follower 9 bulan 10 hari. Pasangan ini bercinta dan berkahwin seperti biasa, hasil perkahwinan Aisyah telah disahkan bunting pelamin. Pada awalnya semuanya baik-baik sahaja.

Tetapi, semuanya semakin berubah apabila keluarga beliau mengalami masalah kewangan. Apabila Aisyah meluahkan yang dia mengidam sesuatu, pasti si suami merasakan Aisyah seperti mengada-ngada.

“Banyak kali saya diam kak, sebab saya tahu suami saya tak suka. Tetapi ada sekali itu, saya teringin nak bau mangga tu. Saya tak tahu nak minta pada siapa. Saya menangis sebab teringin sangat-sangat.

“Masa itu kandungan berusia enam bulan. Saya minta elok-elok saja dengan suami. Saya siap beritahu, “Kalau tak ada, tak apalah bang,”, dia terus menendang perut saya, kak. Saya terus rebah dan darah keluar.
“Anak kami disahkan cacat serta-merta sebab tendangan itu kuat sangat.

“Doctor cakap disebabkan tendangan suami saya berturut turut di bahagian perut, pinggang dan lutut sehingga saya rebah dan perut terhentak. Itu yang menyebabkan anak kami cacat,” katanya.

Aisyah telah selamat melahirkan anaknya dan anaknya lahir dalam keadaan cacat seumur hidupnya. Anak Aisyah terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan seumur hidupnya. Sehingga kini suami masih lagi tertekan apabila terpaksa menanggung perbelanjaan ubat anak mereka. Setiap hari suami Aisyah akan memohon maaf pada Aisyah atas kesilapannya.

‘Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna.’ Suami janganlah terlalu mengikut emosi marah tu. Percaya jika anda dalam keadaan sempit, Allah akan hantar rezeki lain pada keluarga. Jangan menghukum anak yang tidak bersalah.

Selain itu, suami juga perlu mengambil berat tentang isteri yang mengidam ketika hamil. Isteri yang hamil bukan buat-buat atau mengada-ngada mahu makan tetapi mereka memang betul-betul teringin. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *