Dua beradik malang dilarikan oleh pencuri kereta

CALIFORNIA: Sebuah kereta dicuri bersama dua kanak-kanak berusia setahun dan dua tahun di dalamnya.

Kedua-duanya diisytiharkan hilang oleh polis California Selatan

Polis Bandaraya Cathedral berkata, dua beradik itu berada dalam kereta Honda Accord yang dicuri malam semalam.

Mereka berada dalam kereta pengasuh ketika beliau keluar dari kereta untuk melakukan sesuatu sebelum kenderaan berkenaan dilarikan.

Amaran Amber dikeluarkan untuk mengesan kereta empat pintu berwarna putih keluaran 2016 dengan pendaftaran 7TJR654.

Amaran itu mengenal pasti kanak-kanak berkenaan sebagai Jayden Cortez, setahun dan abangnya, Carlos Cortez, dua tahun.

Polis belum mempunyai maklumat mengenai suspek. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *