Fatah Amin nafi bercinta dengan Azrinaz Mazhar Hakim.

Pelakon drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin menafikan dia kini sedang menjalin hubungan dengan bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim.

Dakwaan Fattah menjalin hubungan dengan Azrinaz hangat diperkatakan di laman sosial baru-baru ini.

“Semua tuduhan yang dilemparkan fitnah dan tidak masuk akal. Saya kecewa digosipkan dengan dirinya. Pada mulanya saya memilih untuk berdiam diri, tetapi perkara ini semakin berleluasa dan membuatkan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan.

“Berita ini tidak betul dan tidak pernah berlaku. Saya memohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara ini sehingga ia menjadi fitnah. Tuduhan ini secara tidak langsung turut mendatangkan kesan buruk kepada individu yang dikaitkan,” kata Fattah.

Menurut Fattah, gosip ini menjadi bualan ramai kerana ada pihak yang nampak akan kehadiran Azrinaz di kafe miliknya, Stalkers Café di Kota Damansara, baru-baru ini.

“Hanya kerana dia singgah ke kafe saya sebagai seorang pelanggan dan memuat naik gambar kami di laman Instagram, saya terus dikaitkan dengannya.

“Dia juga tak datang bersendirian, sebaliknya turut ditemani beberapa rakan yang turut mengambil gambar bersama saya. Mungkin disebabkan Azrinaz juga seorang yang dikenali, maka ia menjadi bualan sehingga jatuh kepada fitnah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *