Ganja ‘halal’ digunakan secara sosial di Kanada.

OTTAWA: Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri Justin Trudeau akan memperkenalkan rang undang-undang membenarkan penggunaan ganja secara sosial di Kanada menjelang pertengahan 2018, menurut laporan hari ini.

Rang undang-undang itu akan menjadikan Kanada sebagai anggota G7 pertama membenarkan penggunaan ganja secara sosial di seluruh negara.

Pengumuman itu mendorong saham syarikat pengeluar ganja untuk tujuan perubatan melonjak di Bursa Saham Toronto.

Menteri Kesihatan, Jane Philpott, berkata ia akan membolehkan akses kepada ganja tetapi pada masa sama akan mengawal selia akses itu.

“Kami ingin memastikan organisasi jenayah tidak meraih keuntungan.”

Kaukus Liberal Trudeau sudah diberi taklimat mengenai garis masa untuk langkah yang dicadangkan itu ketika mesyuarat hujung minggu, lapor penyiar awam CBC memetik sumber yang tidak dinamakan.

Rang Undang-undang itu akan diumumkan bulan depan dan diluluskan pada Julai 2018, kata CBC. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *