Gara-gara “cincin nafsu”, lelaki di Georgetown derita selama 12 jam

Lebih 12 jam menderita, itulah nasib seorang lelaki berusia 20-an di Georgetown selepas ‘cincin’ logam yang dipakai dipakai di kemaluannya tidak dapat ditanggalkan.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berkenaan memakai ‘cincin’ berkenaan dengan alasan untuk meningkatkan keupayaan seksualnya ketika melakukan hubungan seks.

Namun malang baginya kerana kemaluannya menjadi bengkak dan terpaksa dikejarkan ke hospital sebelum pihak bomba dipanggil untuk membantu.

Komander Operasi Bomba Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin, berkata, “Dia menggunakan sabun, minyak dan bahan lain, namun semua cara itu tidak berjaya.”

Anggota bomba mengambil masa selama 10 minit sebelum berjaya memotong ‘cincin’ tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *