Gara-gara kuat hentam kerajaan, 5 guru diberikan surat tunjuk sebab.

KUALA LUMPUR: Lima guru sudah diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Pendidikan berikutan didakwa aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata semua guru berkenaan diberi tempoh dua minggu bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Mahdzir bagaimanapun enggan mendedahkan identiti, sekolah dan negeri di mana kelima-lima guru berkenaan berkhidmat.

“Siang mereka mengajar di sekolah, malam mereka aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang.

“Kita juga dapati ada antara mereka mempunyai jawatan dalam parti pembangkang,” katanya selepas melancarkan Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 Peratus anjuran Malaysian Newsprint Industries Sdn Bhd, di sini, sebentar tadi.

Mahdzir berkata, biarpun Malaysia negara demokrasi dan menjadi hak mereka untuk menyokong mana-mana parti politik, guru sebagai kakitangan awam tetap terikat dengan peraturan dalam perkhidmatan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *