Guan Eng Ajar PAS Tentang Dosa ‘Fitnah’

21/03/2017 – Selama ini parti rasis dan cauvinis DAP dilihat hanya pandai menuduh dan mengkritik parti yang tidak sehaluan dengan mereka seperti PAS dan UMNO. Namun apabila parti lain mengkritik parti itu, DAP tidak dapat menerima dan membidas kembali.

Itu dapat dilihat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak golongan agamawan dalam PAS dan cuba mengingatkan mereka mengenai dosa membuat fitnah dalam agama Islam.

“PAS juga serupa, fitnah jahat macam MCA. Untuk PAS, takkan mereka tidak tahu apa dosa fitnah itu?” ujar Lim Guan Eng dalam temubual Ubah TV secara langsung malam tadi.

Setiausaha parti rasis dan cauvinis itu berkata demikian bagi mengulas dakwaannya yang PAS juga memfitnah kerajaan DAP dalam pembangunan Islam di negeri berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, PAS mengkritik kepimpinannya termasuk mendakwa campur tangan kerajaan negeri dalam urusan Majlis Fatwa Agama Islam.

Menurut Guan Eng, beliau kononnya tidak hairan kalau parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA mengkritik pihaknya memberi bantuan kepada orang Islam, namun perkara yang sama juga dilakukan oleh PAS.

Beliau memberitahu bahawa kerajaan negeri meningkatkan bantuan kepada pembangunan agama Islam sebanyak 100 peratus baru-baru ini.

Dalam pada itu, Guan Eng menyatakan bahawa beliau kononnya menjadikan bekas pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson yang diminatinya sebagai model pentadbiran beliau di dalam kerajaan negeri.

Ini kerana menurut Guan Eng, kualiti Alex Ferguson didalam pengurusan terbukti berjaya dan menjadi sejarah didalam Liga Perdana Inggeris kerana beliau tahu dan faham macam mana hendak urus pemain-pemain.

“Kualiti paling sukar ialah guna bakat sedia ada jadikan satu pasukan yang hebat dan menjadikan pasukan lebih utama daripada individu,” katanya sambil menambah resipi itu menyebabkan MU memenangi piala treble pada tahun 1999.

Bagaimanapun, semasa MU meraikan kemenangan itu beliau ditahan di Penjara Kajang.

“Saya tahu lambat (kemenangan MU) sehingga kawan-kawan saya berseloroh, kalau mahu tengok MU menang lagi saya kena masuk penjara lagi. Itu saya tak mahu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *