Guan Eng Paling Layak Jadi Pengerusi PBA Kerana Dia Memang Pakar

16/03/17 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya dipecat dari jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAH) kerana hanya dialah yang paling layak dan pakar dalam bidang tersebut.

Walaupun Guan Eng langsung tidak tahu dan tidak ada ilmu dalam sektor tersebut namun dalam DAP, Guan Eng adalah individu yang paling berkaliber dan bersesuaian untuk menjawat jawatan tersebut. Tiada manusia lain selayak Guan Eng.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, Guan Eng mempunyai kepakaran dalam bidang serta ilmu tentang air memandangkan ini terbukti apabila seluruh negeri Pulau Pinang disirami dengan ‘air kencingnya’. Bukan itu sahaja, hampir seluruh negara juga menghadapi nasib yang sama.

Perkara ini dapat dilihat apabila saham PBAH semakin hari semakin merosot dan jatuh di pasaran. Daripada RM1.30 untuk seunit pada tahun 2015 yang lalu, kini pada tahun 2016 ianya telah jatuh kepada RM1.14 seunit sehinggalah bulan lepas.

Tapi rakyat tak perlulah marahkan Guan Eng kerana hanya dialah yang paling pakar dan professional dalam semua bidang. Kredibiliti Guan Eng yang hebat ini telah menyebabkan harga saham PBAH jatuh sebanyak 12 peratus dalam tahun 2016 jika hendak dibandingkan dengan dividen KWSP, 5.7 peratus.

Guan Eng sering mendakwa bahawa KWSP hampir muflis dan tak mampu untuk membayar ganjaran pencen kepada bekas penjawat awam. Tetapi sebenarnya itu salah, Guan Eng sebenarnya yang bakal menjadi penyebab kepada PBAH hampir bungkus.

Pada tahun lalu, KWSP telah mengisytiharkan dividen sebanyak 5.7 peratus, di mana menunjukkan satu angka yang amat memberangsangkan sekaligus melenyapkan spekulasi Guan Eng kononnya KWSP sudah tidak mempunyai wang untuk membayar kembali wang ganjaran.

Bukan itu sahaja, pengumuman yang dibuat pihak KWSP tersebut menunjukkan bahawa mereka masih mampu berdiri dengan kukuh walaupun prestasi ekonomi dan pasaran saham tahun lepas berada di tahap yang membimbangkan.

Kegagalan Guan Eng dalam menguruskan PBAH menunjukkan bahawa ‘air kencingnya’ sudah tidak lagi laku untuk menyirami dan membohongi rakyat kerana ia tidak lagi hancing seperti dahulu. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *