Guan Eng Tak Mahu Bayar Duit Air Dari Kedah Kerana Ia Datang Dari Tuhan

24/03/2017 – Jika ada pihak mengkritik pentadbiran dibawah pimpinan beliau bermasalah dan sering mengabaikan rakyat, pasti pemimpin itu akan bersuara menafikan dan membidas pihak tersebut kembali.

Itulah sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang sering menafikan pentadbirannya bermasalah walaupun dakwaan itu benar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang menghantar wakil untuk berbincang secara baik berkaitan sumber bekalan air mentah yang dibekalkan oleh negeri Kedah kepada Pulau Pinang.

Ini kerana kata beliau, kerajaan DAP Pulau Pinang jangan hanya tahu menuding jari dan tahu meminta sahaja.

“Memang sumber air datangnya dari Tuhan tetapi kos merawat air ditanggung oleh kerajaan negeri Kedah. Jadi pemimpin DAP Pulau Pinang jangan beri alasan kurang bijak”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap pentadbiran DAP Pulau Pinang yang mempertikaikan isu air.

“Saya lihat mereka ini hanya fikir tentang mereka sahaja tetapi tidak fikir tentang kami. Jika mereka mengatakan sumber air dari Tuhan, jadi mengapa mereka menjual air kepada kapal-kapal dan lain-lain dan mengapa mereka mengenakan bayaran kepada rakyat?

“Mereka harus sedar, Kedah terpaksa menanggung kos merawat air dan sebagainya, jadi janganlah sombong,” katanya.

Menurut Ahmad Bashah, walaupun hubungannya secara peribadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu baik namun hubungan antara kerajaan dengan kerajaan tidak berapa lancar.

“Maka, ini menjadi punca jalan penyelesaian terhadap isu air ini menjadi sukar. Selagi mereka tidak mahu datang bincang, kita biar saja isu ini dan lihat saja la sejauh mana mereka mahu degil.

“Mereka tahu meminta tapi tidak mahu datang berbincang, kita kena ada ‘win win situation’ dalam perkara ini.

“Ini tidak, tiada seorang wakil pun yang mahu datang berbincang tetapi mereka asyik mencari salah kita,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) sering mendesak kerajaan Kedah untuk menyelesaikan isu bekalan air ke negeri tersebut.

Bagi kerajaan negeri Kedah, mereka kini hanya menunggu kerajaan DAP Pulau Pinang untuk datang dan berbincang dengan kerajaan negeri untuk bermuafakat berhubung isu tersebut demi kepentingan rakyat.

Namun sayangnya kerajaan pimpinan DAP itu memberi alasan bahawa sumber air itu datang dari Tuhan dan tidak sepatutnya menjadi isu kepada negeri Kedah untuk menidakkan hak negeri Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *