Guan Eng Tunjuk Keras Kepala ‘Curi’ Air Dari Kedah

13/03/17 – Sudah la selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ‘mencuri’ air dari negeri Kedah, lepas tu slumber je buat perangai keras kepala dan bersikap ego tak mahu berunding soal pembayaran air yang diambil dari negeri tersebut.

Sepatutnya Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya dalam melangsaikan hutang pembayaran air bagi bekalan air yang diambil dari kawasan tadahan di Kedah. Ini tidak, dah la taknak bayar lepas tu bila diajak untuk berunding dan berbincang, Guan Eng lepas tangan.

Sampai sekarang masih tiada jawapan daripada peringkat pegawai tertinggi DAP apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan pihak kerajaan negeri Kedah ajak berbincang.

Lebih memalukan, sudah la selama ini Pulau Pinang dapat air percuma je dari Kedah kemudian boleh pulak DAP mengutuk dan menyalahkan Kedah.

Menunding jari pada kerajaan Kedah kerana kononnya membiarkan pembalakan haram berlaku tanpa terkawal hingga menjejaskan sumber di kawasan tadahan Empangan Muda.

Padahal Jabatan Hutan telah menjalankan pengawasan dan kerja-kerja mereka dengan sebaik mungkin bagi menghalang daripada berlakunya pembalakan haram yang tak terkawal di negeri tersebut agar tidak menjejaskan kawasan tadahan.

Tapi apa je yang DAP Pulau Pinang lakukan?? Hanya mendabik dada setelah berpuluh tahun ‘mencuri’ air dari Kedah. Bukannya nak tolong fikirkan cara bagi mengatasi masalah pembalakan haram di Kedah supaya kawasan tadahan tidak tercemar.

Dah la Kedah berhati mulia beri air secara percuma tapi DAP senang-senang je nak cari kesalahan orang lain. DAP ni langsung tak kenang budi, malah tak tahu nak berterima kasih setelah mengemis simpati di negeri orang.

Bagi Ahmad Bashah, sepatutnya DAP membantu tetapi mereka enggan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan DAP tidak tahu menghargai dan ia sesuatu yang tidak bagus bagi hubungan kedua-dua negeri terbabit.

Nak tahu apa alasan yang DAP bagi atas keengganan untuk membayar bekalan air yang diambil? Kata DAP dorang ambil air dari Sungai Muda, padahal sumber air utamanya adalah dari kawasan tadahan di Hulu Muda Kedah.

Dah takde air tapi masih lagi nak berlagak, DAP tak mahu bayar dan tidak mahu berunding kerana kata Guan Eng air dari Kedah itu adalah sumber semula jadi dan tidak perlu dibayar.

DAP nak lepas tangan, padahal setiap tahun Kedah perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menjaga dan menyelia hutan simpan dan kawasan tadahan. Sedangkan DAP tahu guna dan kebas air je. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *