Hanya lelaki gigi bersih, kaki Gym dan bukan kaki control sahaja jadi pilihan Farahdiya

Biarpun bakal menginjak usia 33 tahun, Faradhiya mengakui yang hatinya masih belum dimiliki.

Penyanyi cantik kacukan Melayu-Inggeris ini sebenarnya mengimpikan seorang jejaka Melayu yang mempunyai gigi cantik dan gusi yang bersih.

“Ini paling penting buat saya kerana dengan senyuman yang menampakkan gigi dan gusi yang bersih, ia akan membuatkan raut wajah lebih bersinar,” katanya kepada Berita Harian Online.

Pelantun lagu `Bertakhta Di Hati’ ini juga meletakkan syarat yang bakal suaminya perlulah seorang ‘kaki gimnasium’ dan pandai menjaga penampilan diri.

“Dia tidak perlu terlalu kacak atau cukup sekadar kulit hitam manis. Tapi kalau dia suka mengawal dan mengatur apa yang perlu saya buat, lupakan hasrat itu,” katanya.

Pernah mengharap cinta dari seorang jejaka sebelum ini, namun kesudahannya tidak membahagiakan. Namun, artis jelita ini tidak pernah serik untuk bercinta sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *