Hanya Mahathir Mampu Beri Kerakyatan Melalui Projek IC Percuma

16/03/17 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa bahawa projek Forest City di Johor bakal membawa masuk 700,000 orang dari China untuk diberi kerakyatan dan menjadi rakyat Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sinchew Daily, Tay Tian Yan berkata ‘benar’ apa yang diperkatakan Mahathir tersebut, namun perkara tersebut hanya boleh direalisasikan pada era Mahathir melalui projek IC.

Pada zaman Mahathir iaitu tahun 1990-an di Sabah, Mahathir telah memperkenalkan projek IC atau projek M singkatan kepada Mahathir. Ketika itu Mahathir telah mengeluarkan berpuluh ribu kad pengenalan untuk diberikan kepada pendatang asing di Sabah.

Tujuan Mahathir melakukan sedemikian adalah untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pada masa itu adalah pembangkang. Perkara ini benar-benar berlaku dan Mahathir sendiri mengakuinya.

Pada konvensyen dua tahun yang lalu, Mahathir mengakui mengenai kewujudan projek IC dan pengakuan tersebut telah ditayangkan semula dalam persidangan United Pasokmomogun Kadasandusun Murut (UPKO) pada akhir tahun lalu.

Ternyata pengakuan Mahathir tersebut menimbulkan kemarahan dan membangkitkan rasa tidak senang ahli parti komponen Barisan Nasional (BN). Mereka menganggap Mahathir sebagai penderhaka.

Malah tindakan tersebut telah melukai perasaan dan menyakitkan hati orang Kadazan Dusun untuk selama-lamanya. Maka tidak hairanlah kenapa Mahathir menuduh kerajaan BN sekarang cuba untuk memberi kerakyatan kepada orang China.

Rupanya Mahathir pernah melakukan perkara sedemikian dan dia khuatir pihak lain akan menggunakan taktik kotornya untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tidak lama lagi.

Jelas yang sebenarnya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tersebut hanya mahu memperalatkan Forest City dan rakyat China untuk ‘menggoreng’ isu kaum dan membangkitkan emosi Melayu, tujuan hanya satu iaitu untuk merampas tapak politik di Johor. – TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “Hanya Mahathir Mampu Beri Kerakyatan Melalui Projek IC Percuma

  • 20/03/2017 at 12:54 am
    Permalink

    orang kadazan dusun sayang.. jangan jadi tamak.. jangan ingat nak jadi selfish.. biarlah orang yang lahir di tanah sabah jadi warganegara malaysia.. bayangkan bila kau orang kadazan dusun lahir di bumi amerika syarikat.. apa kau nak jadi warganegara us ke nak jadi pelarian??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *