Hanya orang tak cukup akal sahaja sokong Parti Cap Bunga.

01/03/17: Orang-orang yang tak cukup akal dan tak siuman je yang akan sokong Parti Cap Bunga…, Ini kerana mereka mengagungkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah membawa kemusnahan kepada negara sebelum meletak jawatan.

Malah apabila negara kini berada di bawah pemimpin yang betul dan berusaha membawa negara kembali ke landasan yang benar…, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula dicemuh dan didakwa konon akan menyebabkan negara bankrap.

Pelik sungguh orang-orang Parti Cap Bunga ni…, tak tahu nak bezakan mana pemimpin yang bagus dan mana yang teruk. Malah yang turuk pula dipuji dan yang baik pula dihina. Memang sah la dorang ni tak cukup akal.

Korang nilaikan sendiri ye, pada tahun 1980 sebelum Mahathir jadi PM, dividen KWSP adalah 8%. Tapi elok je Mahathir nak bersara dalam tempoh dua tahun terakhir, dividen menurun kepada 4.25% dan 4.5% pada tahun 2002 dan 2003.

Macam tu juga dengan Tabung Haji, dividend an bonus adalah pada 8.5%, tapi sebelum Mahathir letak jawatan terus ia menurun kepada 3.5% dan 4%. Sementara pada tahun 1981, pada tahun pertama ASN dimulakan, dorang bayar dividen dan bonus sebanyak 20%.

Tapi pada tahun 2002 dan 2003, ia menurun kepada 5% dan 5.3%. Perkara tersebut berlaku ketika Mahathir berkuasa, dan ia menurun dengan drastik dan negara berada dalam keadaan yang teruk sebelum ia diserahkan kepada PM baru.

Setelah najib menjadi PM pada tahun 2008, dividen KWSP telah meningkat kepada 6.4% dan 5.7%. Sementara Tabung Haji mengisytiharkan peningkatan dividen dan bonus kepada 8% dan 5.75% pada tahun 2015 dan 2016.

Macam tu jugak dengan ASN mengumumkan dividen sebanyak 6.1% dan 5% pada tahun 2015 dan 2016. Situasinya sangat berbeza ketika Mahathir meninggalkan negara dalam keadaan yang teruk

Kini Najib telah memberi nafas yang baru tetapi diherdik dan dihina sebagai pemimpin yang menyebabkan negara bankrupt. Sedar tak korang pemimpin mana yang teruk?? Perlukan Najib letak jawatan setelah membawa pulangan dana kepada negara?

Mahathir hanyalah seorang tua yang membawa kemusnahan pada negara tapi masih diikhtiraf sebagai wira kepada bangsa dan negara. Sebab tu la orang parti bunga ni aneh dan pelik. -TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *