Ibu Bapa Tidak Patut Ganggu Ekonomi Kewangan Rumahtangga Anak-Anak

02/03/2017 – Dalam Islam, apabila sudah berkahwin, ibu bapa perlulah untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga anak-anak. Ini kerana banyak keburukan dari kebaikan apabila ibu bapa mula mencampur urusan rumah tangga anak-anak terutamanya berkaitan dengan kewangan rumahtangga anak-anak.

Apabila anak-anak sudah berkahwin, ibu bapa jangan mempersoalkan berapa banyak gaji anak-anak. Malah, masih lagi ada ibu bapa mengambil kesempatan apabila anak-anak berkahwin dari segi kewangan.

Kisah yang dikongsikan seorang wanita bergelar anak apabila melihat ibunya terpaksa menanggung derita ekonomi kewangan apabila mertua dan ipar campur tangan.

“Mak berkahwin dengan ayah atas dasar cinta, Namun keluarga bahagia impian mak sentiasa diganggu oleh insan yang berstatus ipar dan mertua. Dari baru kahwin sampai kini ada saja tohmahan dilemparkan kepada mak saya.

“Mak saya seorang yang bekerjaya bagus dan berlatarkan keluarga yang bagus. Mereka menganggap jika ayah saya kahwin dengan mak jadi gaji ayah boleh digunakan untuk menyara mereka sekeluarga(keluarga ipar, anak sedara, mak ayah, adik-beradik) dan ayah saya hidup dengan saraan gaji mak saya,” tulisnya.

Bapanya jenis orang yang hanya mengikut arahan keluarga, apa sahaja mak ayah dan adik beradik minta bapanya akan turutkan sahaja. Sampai satu tahap bapanya pernah menjual semua barang kemas anak dan isteri.

Jika bapanya tidak menurut segala arahan akan disumpah tidak masuk syurga. Sebenarnya atuk dan nenek wanita ini berpencen dan wang itu bukan menjadi satu isu besar buat mereka. Walaupun atuk dan neneknya sudah berharta tetapi mereka masih tamak, menjadi mangsa adalah bapa wanita ini.

“Sampai ke hari ini dah 30 tahun aku hidup mereka masih meminta duit dari ayah pelik! Masalah duit yang tidak pernah selesai, sedih Ya Allah. Mak kami nak minta RM2 dari ayah pun kena maki tau, kesian tengok mak. Kadang-kadang berjurai air mata, tetapi mak tidak pernah nak burukkan ayah. Allah maha kaya, dorang rampas hak mak Allah kurniakan berganda rezeki untuk mak. Dinaikkan pangkat dan darjat, harta tak payah cakaplah,” tulisnya.

Apabila wanita ini dan adik-beradiknya sudah bekeluarga ibunya tidak pernah menganggu keluarga anak-anaknya, mungkin sebab ibunya pernah rasa dahulu rumah tangga di ganggu mertua dan ipar. Ibunya tidak pernah menganggu anak-anak terutamanya soal kewangan anak-anak.

“Di sini juga saya menyeru semua insan manusia supaya bukalah minda anda terangkanlah hati supaya jangan menyibuk hal adik beradik bila sudah berkahwin. Privasi adik beradik terhapus secara automatik bila wujudnya insan bergelar menantu di dalam keluarga.

“Hormatilah insan yang bergelar ipar kepada adik-beradik korang. Jangan di ganggu keharmonian rumah tangga mereka walau semilimeter pun nilainya. Adalah lebih waras jika masing-masing fokus berusaha meningkatkan kemampuan hidup keluarga masing-masing. Ada masa bertemu maka bertemu jua. Jangan risau, air di cincang takkan terputus,”ujarnya. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *