Ibu potong kemaluan anak sendiri selepas didakwa terlalu besar

Berikutan saiz kemaluan anak terlalu besar, seorang ibu tergamak memotong kemaluan anak lelakinya itu yang baru berusia dua tahun.

Insiden kejam tersebut berlaku di bandar Bulawayo, Zimbabwe, dilaporkan ibu terbabit pada dua bulan lepas berasakan kemaluan anaknya yang berumur dua tahun memiliki saiz terlalu besar dan dianggap tidak seimbang dengan tahap umurnya, justeru bertindak memotong alat sulitnya.

Memetik Zimbawe Today, ibu tersebut telah ditahan polis dan telah dihantar ke hospital sakit mental untuk rawatan lanjut, manakala anaknya kini telah ditempatkan di hospital sejak dua bulan lalu.

Menurut ahli keluarga, sejak hari itu budak lelaki tersebut terpaksa menjalani kehidupan tanpa alat kemaluan.

Sementara itu, pihak hospital sedang berusaha mencari pusat asuhan kanak-kanak untuk membolehkan budak lelaki itu mendiami buat sementara waktu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *