Ibu Tiri korek biji mata anak kerana kuat kencing malam.

Disebabkan anak tirinya selalu kencing malam, seorang ibu tiri bertindak kejam dengan mencungkil mata anaknya sebagai hukuman.

Kejadian yang berlaku di wilayah Masvingo di tengah Zimbabwe itu menimpa kanak-kanak malang yang baru berusia empat tahun.

Menurut laporan Daily Mail, wanita tersebut mengaku melakukan jenayah tersebut dan hanya ketawa apabila polis menangkapnya.

Ungkapan yang disebut adalah, “Dia bukan anak saya.”

Gambar yang dirakam selepas kejadian itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan duduk dengan kesan darah pada bajunya sementara bebola matanya hancur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *