iPhone 5s Kekal Edisi Paling Mantap Didalam ‘Keluarga’ iPhone

Mungkin kebanyakan warga Apple User Group (Malaysia)® penah membaca slogan “Apple reinvents the phone” bukan?. Sejak iPhone generasi pertama dilancarkan, ia bukan sahaja mengubah cara kita berkomunikasi malah ia merubah segalanya. Tidak hairanlah BlackBerry dan Nokia yang sebelum ini dalam kedudukan selesa terus jatuh sejak iPhone diperkenalkan.

Bermula dengan slogan “Apple reinvents the phone” hinggalah “This is 7” sudah cukup membuatkan kita memahami bahawa inovasi yang dibawakan oleh Apple ini membuatkan syarikat gergasi lain tidak senang duduk dan sering mengeluarkan teknologi baharu setanding denganya.

Semasa Steve Jobs mengumumkan iPhone buat pertama kali, beliau telah menjelaskan bahawa inovasi mereka 5 tahun terkehadapan berbanding pesaing, dan ia memang terbukti memandangkan pada masa tersebut hanya beberapa syarikat sahaja yang fokus terhadap telefon pintar.

Kegilaan terhadap produk Apple ini bukan sahaja berlaku di US semata-mata. Malah di Malaysia juga sejak Maxis memperkenalkan iPhone 3GS, ramai dikalangan kita berebut-rebut untuk mendapatkanya. Adalah tidak keberatan aku boleh katakan bahawa iPhone ini merupakan satu pembelian yang sangat berbaloi. Mana tidaknya, jika anda membeli iPhone 4 pada ketika itu, anda mampu menjual peranti tersebut dengan harga yang tinggi berbanding jenama lain.

Kerana itulah, ramai dikalangan pengguna iPhone mampu untuk menukar telefon mereka setiap kali Apple memperkenalkan model baharu. Permintaan tinggi kepada peranti iPhone terpakai pada ketika itu membuatkan ia tinggi di pasaran.

Apa pun, segalanya berubah setelah telefon refurbish bertapak di Malaysia. Dengan harga jualan yang sangat rendah menyebabkan ramai peminat Apple yang kurang berkemampuan sudah mampu memiliki iPhone.Tidak hairanlah iPhone 5 / iPhone 5S set refurbish dijual pada harga sekitar RM500.00 hingga RM800.00 Apa pun jika dinilai kembali, ia merupakan satu petanda sangat positif memandangkan golongan kurang mampu sudah boleh memiliki iPhone.

Walaubagaimanapun, harga telefon terpakai (Malaysia Set) telah menurun dengan mendadak akibat tempias telefon refurbish ini. Akibat dari penurunan tersebut, kuasa membeli telefon model baharu akan menurun. Ditambah pula dengan inovasi Apple yang semakin terpesong, membuatkan sesetengah pengguna beralih kepada peranti jenama lain.

Walaubagaimanapun sepanjang penilitian, saya masih mengangap iPhone 5S antara peranti yang “kalis harga” dimana harga jualan bagi peranti terpakai (second hand) masih dijual pada tanda harga sekitar RM700.00 hingga 1200.00 bagi set Malaysia.

Jika dibandingkan dengan iPhone 6 / iPhone 6S harga jualan bagi peranti terpakai mengalami penurunan yang sangat drastik mengakibatkan pemilik iPhone mengalami kerugian yang sangat tinggi. Secara fakta, iPhone 5S sudah menjangkau hampir 4 tahun, namun harga dan “taringnya” masih berbisa.

Beberapa wakil pengedar sah Apple juga masih menjual peranti tersebut walaupun Apple sudah menghentikan pengeluaranya sejak bulan Mac 2016. Dengan harga jualan sekitar RM1099 hingga RM1299.00 secara peribadi ia masih dianggap peranti berkelas premium memandangkan harga jualan masih tinggi walaupun sudah berusia 4 tahun.Tidak hairanlah mengapa Apple secara tiba-tiba mengeluarkan iPhone SE dengan rekaan sama seperti iPhone 5S.

iPhone 5S merupakan peranti pertama menggunakan teknologi Touch ID dan cip pemprosesan 64bit. iPhone 5S didatangkan dengan warna perak,emas dan Space Grey, namun bagi warna emas ia sudah dihentikan pada bulan September 2015.

Sekiranya anda masih memiliki iPhone 5S versi emas, secara peribadi ia merupakan peranti paling dikehendaki oleh beberapa peminat tegar iPhone. Namun versi emas ini tidak termasuk pada peranti versi refurbish memandangkan hampir kebanyakan body case bukan asli.

Sepanjang saya memiliki iPhone, antara peranti yang paling banyak mendapat “keuntungan” selepas menjual kembali adalah iPhone 5S, iPhone 4S, iPhone 5, iPhone 4 , iPhone 6 dan iPhone 6S. Namun, ia bergantung kepada strategi jualan.

Sekadar pandangan – augm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *