Isteri Kecewa Dijadikan ‘Hamba Perkahwinan’

31/03/2017 – Nafkah adalah suatu kewajipan suami kepada isteri yang tidak boleh dinafikan yang dinyatakan dalam al-quran dan hadis.

Jika suami mengabaikan nafkah itu merupakan dosa besar kepada Allah. Perkahwinan itu nampak mudah tetapi tidak semudah yang disangka. Tanggungjawab suami dalam perkahwinan memang besar.

Disebabkan itu suami dijadikan pemimpin dalam rumah tangga. Untuk memimpin anak-anak dan isteri serta memberikan kelengkapan nafkah yang cukup pada mereka.

Namun begitu, seorang wanita merasa dirinya telah dianiaya sepanjang perkahwinan dengan suami. Suaminya seperti memperlakukan dirinya seperti ‘hamba perkahwinan’.

“Saya telah berkahwin hampir 6 tahun dan dikurniakan sepasang anak. Suami saya okay saja bukan kaki pukul atau kaki perempuan. Cuma dia terlalu sibuk dengan urusan hobinya. Dulu dia suka main music band atau lepak dengan kawan-kawan sampai pukul 2 ke 5 pagi.

“Sekarang ini sibuk pasang robot gundam pulak, dia kurang luangkan masa dengan saya. Saya tak ada kawan untuk berborak, dunia saya cuma ada anak-anak dan suami. Saya bukan seorang yang sosial, dia abaikan perasaan saya seperti saya tak wujud dalam hidup dia. Dia pun jarang menyentuh saya.

“Kadang-kadang berbulan-bulan saya tak disentuh sejak zaman saya belum beranak lagi normal ke itu? Dari segi kewangan suami memang tak mampu nak beri nafkah yang cukup. Gaji saya hampir semuanya menyumbang pada keperluan keluarga kami. Dia asyik cakap tak ada duit jadi saya dahulukan semuanya. Segala bil rumah saya jelaskan, pengasuh, hutang bank, barang basah, dan duit sesak-sesak pun saya yang kena sediakan.

“Sejak akhir-akhir ini saya ada perasaan seperti saya dijadikan hamba perkahwinan. Saya dah mula tak bercakap dengan suami, saya buat endah tak endah saja dengan dia. Saya juga ada minta cerai tapi dia tak nak, apa yang patut saya buat? Jiwa saya kosong dan rasa putus asa untuk teruskan perkahwinan ini,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *