Kata Dua Pada PKR Dan PPBM, Pilih PAS Atau DAP

20/03/2017 – Selepas memutuskan hubungan kerjasama, perang mulut diantara parti rasis DAP dan PAS seperti tiada kesudahan. Terbaru yang boleh dilihat apabila Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook menuding PAS telah merosak dan memecahkan pembangkang.

Malah, Ahli Parlimen Seremban itu juga cuba mengingatkan PKR dan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu berdepan realiti dan memilih rakan kerjasama mereka selepas PAS tidak bersedia bekerjsama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Siew Fook cuba menegaskan bahawa Pakatan Harapan yang mana PAS bukan sebahagian daripadanya, perlu diperkukuhkan dan bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru yang bakal muncul.

“PAS telah membentuk kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia sebagai kuasa ketiga.

“PAS juga menyatakan tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN,” katanya.

Tambah beliau lagi, kemunculan entiti Pakatan Harapan juga merupakan sesuatu realiti dan sikap keras PAS juga bermakna pertandingan tiga penjuru sukar dielakkan dalam pilihan raya.

“Pembangkang telah berpecah pada saat Pakatan Rakyat dibubarkan dan PAS menjadi pro-Barisan Nasional (BN). Sekarang PAS berkata mahu muncul sebagai kuasa ketiga,” katanya.

Dalam pada itu, Siew Fook cuba menyifatkan BN tidak semestinya akan menang dalam tiga penjuru dan beliau juga mendakwa pengaruh PAS hanya terhad kepada Pantai Timur.

Ini kerana menurut beliau, kemenangan PAS di Pantai Barat Semenanjung sebelum ini khususnya di kawasan bukan Melayu adalah bergantung kepada Pakatan Rakyat yang kini sudah dibubarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *