Kerana Ikutkan Cakap Ibu, Lelaki Ini Kehilangan Isteri Buat Selamanya

10/03/2017 – Isteri dan anak adalah anugerah yang terindah diberikan oleh Allah. Sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menjaga dan menghargai isteri. Isteri adalah insan yang telah banyak berkorban untuk suami.

Tetapi, tidak semua suami yang menghargai isteri dan anak dengan baik. Setelah anak dan isteri dijemput Ilahi barulah suami akan sedar dari lamunan.

Itulah kisah yang dilalui oleh seorang lelaki apabila sudah terlambat untuk menghargai anak dan isterinya apabila dua insan penting dalam hidupnya itu telah pun dijemput Illahi. Sepanjang hayat isterinya, lelaki ini tidak pernah pedulikan mereka dan hanya kerana ikutkan cakap ibunya.

“Saya tahu kenapa isteri saya lari. Dulu saya jahat, tak kerja dan dia hanya senyum saja pelihara biawak hidup. Ibu dan adik beradik saya semua membenci saya. Tetapi isteri tetap hormat dan sayang pada saya. Isteri saya sabar saja bila saya maki dan pukul dia. Dia? Dia tidak berhenti mendoakan saya, ajar saya solat, baca Quran sampai saya berubah menjadi baik sedikit.

“Bila saya dah jadi baik, memang sayang sungguh pada isteri. Yelah, ibu saya pun tak pernah paksa saya solat dulu. Ibu tak pernah marah saya buat perkara jahat dan tak pedulikan saya. Ibu hanya buat kerja dia saja dan kini dia berniaga kedai makan.

“Sekarang bila saya dah berbaik dengan isteri, rajin ke masjid, ada rezeki lebih, saya hulurkan pada ibu. Tetapi ibu pula mengajar saya secara halus untuk membenci isteri. Sumpah saya tak perasan dan ikut saja apa semua yang ibu katakan.

“Kau jangan manjakan sangat bini, malu kat orang bila orang tahu ko dok tolong bini buat kerja rumah. Duit kau tu, kau simpan. Makan minum pakai duit bini kau sudah. Duit kau, jangan diboros, simpan. Itu bekalan untuk kau tua-tua esok,” kata ibu.

Padahal isterinya yang ada di sisi ketika lelaki ini dibuang oleh ibunya sendiri. Sampaikan isterinya telah meninggal dunia, sebentuk cincin pun dia tidak pernah belikan sepanjang perkahwinan. Lelaki ini buta dan tidak pernah sedar semua itu.

Apabila dia ada duit lebih, lelaki ini hanya hulurkan sedikit sahaja nafkah untuk isteri. Selebihnya lelaki ini bagi pada ibunya, ibunya pandai membodek anak apabila anak ada duit.

Malah, ibu bapanya langsung tidak pernah menghalang apabila lelaki ini memukul isteri di depan mereka. Ibunya pula seperti seronok apabila melihat lelaki ini memukul isterinya.

“Dua tiga hari sebelum dia nak pergi, dia layan saya seperti biasa-biasa saja. Bila duit saya dah habis, dia dapat rezeki banyak dan dia dah tak hulur pada saya seperti sebelum ini. Dia banyak buat kerja sendiri, tak pernah bincang dah dengan saya. Tapi saya tak sedar yang dia sudah berubah disebabkan perangai saya. Saya benci dia dan kerap berkata nak cari isteri lain

“Kami kerap bergaduh, tapi entahlah, isteri dah buat semuanya betul tetapi di mata saya nampak juga dia salah. Saya maki dia dan nampak dia menangis semasa solat. Malamnya, selepas solat isyak, dia terjatuh pengsan tiba-tiba. Allah dah ambil dia dari saya. Mesti semua boleh bayangkan bagaimana perasaan dan tangisan saya pada masa itu. Tiga tahun saya menderita seperti orang gila.

“Doktor kata, isteri saya meninggal dunia sebab pembuluh darahnya pecah akibat hentakan lama. Saya mula teringat, adakah isteri meninggal disebabkan saya kerap memukulnya sebelum ini?

“Saya dah buat isteri macam binatang. sebulan lepas tu anak saya pula pergi tinggalkan saya, Saya menyesal sebab tak pernah cuba puaskan hati anak dan isteri. Saya selalu buat dia sedih tetapi dia selalu senangkan hati saya. Saya tengking pun, dia masih bersabar. Saya pukul dia pun, dia masih mampu maafkan saya,” tulisnya.

Sudah lima tahun isterinya pergi, lelaki ini pernah berkahwin lagi tetapi hanya mampu bertahan selama tiga bulan. Lelaki ini akui tiada wanita lain sebaik arwah isterinya dan lelaki ini mengaku tidak mahu berkahwin lagi kerana tiada wanita sebaik arwah isterinya.

“Sayang, abang harap sayang ampunkan abang. Setiap hari abang rindu sayang, rindu anak kita. Abang tahu sayang selalu sakit-sakit badan, sakit kepala, selalu tak sihat tetapi abang tak kisah dan selalu membebankan sayang berfikir tentang duit dan rumah. Abang biarkan sayang tertekan dengan sikap abang.

“Kalau sayang kembali pada abang semula, abang janji abang nak bahagiakan sayang. Nak suruh sayang berehat tanpa fikir tentang hal duit belanja dan semua. Abang nak jaga sayang, tak nak sayang buat kerja rumah. Abang nak sayang berehat macam sayang jaga abang dulu, yang mana abang berehat, tak fikir duit ada ke tak ada dan apa yang abang tahu abang boleh dapat apa yang abang nak, Terima kasih sayang.

“Ya Allah, abang menangis ketika menulis ini. Sayang adalah cinta abang dunia akhirat. Abang redha ke atas sayang dan semuanya.

“Nur Ain, awaklah isteri terbaik. Abang dah jadi bilal masjid kampung kita sayang. Abang dah tunaikan impian sayang untuk jadikan abang bilal dan imam walaupun sayang tak sempat tengok. Terima kasih sayang kerana mendidik abang kenal Allah,” tulisnya.

Semoga kisah ini dijadikan teladan buat semua, hargailah seseorang itu sebelum seseorang itu dijemput Ilahi. Layanlah mereka secara sama rata, seandainya seseorang itu telah tiada, masa tidak akan dapat diputar kembali. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *