Kumpulan Pistol tetap yakin bakat melawak didalam diri masing-masing

Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) yang tersingkir, Kumpulan Pistol dianggotai Raja Azri dan AG Hafiz akan meneruskan perjuangan sebagai pelawak meskipun tewas pada minggu keempat.

Menurut Raja Azri, sebagai anak seni mereka tidak akan berputus asa sebaliknya terus berjuang mengenengahkan bakat sebagai seorang penghibur.

“Walaupun Pistol tertewas pada minggu keempat, namun kami akan tetap terus berjuang untuk menghiburkan orang ramai.

“Karya kami tidak akan mati di sini dan kami akan cuba lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada kumpulan ini.

“Sebagai anak seni, kami mesti mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menghasilkan karya dan idea yang lebih kreatif pada masa akan datang.

“Ini bukan pengakhiran kepada kumpulan Pistol tetapi ia merupakan titik permulaan untuk kami,” katanya kepada Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *