Lelaki bantu ikan emas berenang guna kerusi roda ciptaan sendiri.

Texas (Amerika Syarikat): Seorang lelaki sanggup membuat ‘kerusi roda’ untuk ikan emas yang menghidap penyakit yang menyebabkan ia tidak dapat terapung di dalam air.

Lelaki dikenali sebagai Derek, 20, itu yang bekerja di sebuah kedai akuarium di San Antonio, Texas berkata, dia tidak sampai hati melihat ikan itu cuma mampu ‘duduk’ di dasar akuariumnya.

“Saya membeli tiub yang selalunya digunakan untuk pengudaraan tangki ikan dan melilitnya keliling ikan berkenaan.

“Kemudian saya menambah injap pada bahagian bawah yang berfungsi seperti ‘kerusi’ untuk menegakkannya.

“Selain itu, saya turut meletakkan pemberat di bawah ‘kerusi’ berkenaan manakala stirofoam digunakan untuk membantu apungan dan memudahkan pergerakannya,” katanya.

Rekaan Derek itu dikongsi rakannya, Taylor Dean, 19, yang sering berkongsi video mengenai penjagaan haiwan di YouTube.

“Saya mahu berkongsi dengan semua orang mengenai apa yang dilakukan Derek.

“Saya berpengalaman menjaga ikan peliharaan yang cedera, namun apa yang dilakukan Derek ini memang terlalu unik.

“Siapa sangka kita dapat melihat ikan berkerusi roda!” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *