Lelaki Malaysia ditemui mati didalam hotel di Phuket.

BANGKOK: Seorang pelancong Malaysia ditemui mati di dalam biliknya di Phuket semalam dan polis tempatan mengesyaki pengambilan alkohol berlebihan sebagai punca kematian.

Ketua Polis Patong, Leftenan Kolonel Jongserm Preecha memberitahu media tempatan hari ini, lelaki itu dikenali sebagai Lee Tzu Yuen, 38, dan menginap di rumah tumpangan di Soi San Sabai.

Menurutnya, tiada tanda pergelutan atau bilik itu digeledah.

“Seorang pekerja rumah tumpangan berkenaan mengetuk pintu bilik mangsa beberapa kali untuk mengemas bilik pada pukul 2 petang semalam tetapi tiada jawapan.

“Pihak pengurusan membuka bilik tersebut dan sebaik pintu dibuka, mereka menemui mayat mangsa dalam keadaan bogel,” katanya.

Jongserm berkata, Kedutaan Malaysia di Thailand sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Patong untuk bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *