Lelaki Terjebak Dengan Dunia ‘Gay’ Kerana Diliwat Pak Cik Saudara Sejak Usia 5 Tahun

08/03/2017 – Pernah dengar tak ayat ‘jangan terlalu percayakan orang walaupun saudara sendiri’? Manusia ini rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Nasib seorang lelaki terjebak dengan dunia ‘Gay’ kerana telah diajar hubungan seksual gay sejak berusia lima tahun telah dikongsikan kepada orang ramai.

Perkongsian lelaki ini perlu dijadikan pengajaran supaya perkara seperti ini tidak berlaku pada ahli keluarga dan saudara terdekat. Kanak-kanak kecil yang tidak bersalah menjadi mangsa nafsu binatang seseorang.

Lelaki ini berkongsi pengalaman berkawan dengan seorang lelaki yang dinamakan sebagai Aiman. Aiman ini adalah junior di universiti, ketika Aiman masuk ke universiti itu lelaki ini berkawan dengan abang Aiman. Abang Aiman meminta lelaki ini untuk tengok-tengokkan Aiman.

“Abang kepada Aiman ni kawan saya, so masa Aiman masuk kat uni ni, abang dia ni mintak tolong saya tengokkan adik dia kat sana. Then abang dia bagi no fon saya kat Aiman. So bermula dari tu laa saya kenal Aiman. Aiman ni seorang yang rupawan, hensem laa senang cite. Yelah, mau tak hensem kalo da ada darah kacukan siam nak nampak maskulin katanya.

“So makin hari makin rapat tapi tak de laa sampai tangkap cintan tu.. Erkk yeke?? Tapi 1 hari tu nak dijadikan cerita, masa saya guna laptop Aiman, saya terklik 1 folder ni.., antara benda yang saya jumpa ialah gambar lelaki cium lelaki. Opss! Terkejutnya saya masa tu da terfikir macam-macam Then saya bagitau Aiman nak balik hostel da sebab ada kawan cari. Padahal masa tu da rasa Aiman ni lain macam je.

“Malam tu saya sms Aiman dan bagaitau kat dia apa yang saya jumpa kat laptop dia tadi. Then Aiman terus terang dengan saya, yang dia memang sukakan lelaki sejak dari kecil lagi katanya.

“Perasaan saya masa tu dah bercampur baur, rasa terkejut sebab tak sangka dalam real life lelaki suka lelaki tu wujud di depan saya. Saya masa tu dah tak tau nak kata pe dah. Terkelu lidah bila dengar pengakuan berani mati dari Aiman ni. Owh, patut la selama ni Aiman asyik tanya “awak tak suka ke lelaki tu. Nampak hensem”. Patut laa Aiman hanya sedar kewujudan lelaki yang hensem, tetapi bukan perempuan yang cantik..

“Aiman pun cerita laa camne dia boleh terjebak dengan budaya tak sihat ni. Katanya, dia ada seorang pak cik yang gay. Pak cik dia ni laa yang ajar Aiman hubungan seksual gay ni sejak dia berumur 5 tahun!! Seawal usia 5 tahun ok??

“Maknanya sejak dari umur 5 tahun laa dia da ada hubungan sulit dengan pak cik dia sendiri tanpa pengetahuan keluarganya. Pak cik yang diharap menjaga Aiman bertukar menjadi binatang. Merosakkan anak saudara, darah dagingnya sendiri bagi memenuhi nafsu binatangnya. Bermula dengan rasa terpaksa, lama kelamaan benda tu bertukar menjadi satu nikmat buat Aiman,”tulisnya.

Lelaki ini mengambil keputusan untuk tarik Aiman kembali ke jalan yang benar. Lelaki ini yakin sejahat mana seseorang itu dan walaupun seteruk mana pun seseorang itu, pasti jauh di satu sudut hatinya terlintas untuk berubah. Aiman memang ada niat untuk berubah, lelaki ini minta Aiman membuang semua benda yang tidak sepatutnya ada di dalam laptop dan nasihat untuk jaga solat dan jaga hubungan dengan Allah.

Memang nampak sedikit perubuhan, tetapi hati manusia ini berbolak balik dan boleh berubah. Lelaki ini telah tamat pengajian dan mendapat tawaran kerja di Perak dan Aiman meneruskan baki pengajian. Walaupun jauh lelaki ini masih berhubungan dengan Aiman.

Tetapi, selepas dua tahun tamat pengajian Aiman mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Perkara ini telah menjadi detik hitam dalam hidup Aiman. Aiman sudah semakin bebas dan liar.

“Hidup Aiman semakin bebas di KL, Aiman da pandai join Kelab-kelab Gay yang ada di ibu kota. Di sana, Aiman lebih mudah mendapat pasangan lelaki yang disukainya. Jika dulu Aiman minat pada seseorang lelaki, dia hanya pendamkan saja, sebab takut kena kutuk dan malu. Kini, dia boleh terang-terangan bercinta dengan lelaki yang disukainya. Aiman pun masa ni da ada boyfriend dan ada sugar daddy. Kehidupan dia masa ni sangat mewah, padahal saya yang dah kerja 3 tahun ni pun hidup tak semewah dia.

“Jangan tak tau ye ada di antara boyfriend2 dan sugar daddy2 Aiman ni berstatus suami orang. Jangan ingat semua suami orang itu straight, kehidupan di luar nampak bahagia di samping isteri dan anak-anak. Tetapi ada yang bernafsu songsang.. Kawen untuk menutup kekurangan diri, supaya nampak sempurna di mata keluarga dan masyarakat. Kasihan pada isteri dan anak-anak di rumah.

“Aiman masa ni saya nasihat apa semua, dia da tak nak dengar. Hari-hari dok cite keseronokan dia dengan dunia gay tu. Akhirnya saya ambil keputusan untuk stop jadi kawan dia, masa tu rasa frust semua ada. Kecewa sebab usaha saya tak membuatkan dirinya kembali ke jalan yang sepatutnya.

“Saya biarkan dia terus hanyut, saya block semua media social n contact no Aiman dan kawan2 Aiman (walaupun kawan dia tak de masalah pun dengan saya). Masa tu saya hanya fikir, tak nak ada kaitan apa-apa dah dengan Aiman.

“4 Mac 2017 jam 4.00 pm, saya dapat wassap dari no yang tak dikenali bertanya khabar. Rupanya salah seorang kawan Aiman yang saya block dulu yang wassap. Saya namakan sebagai Wan, Wan menyatakan yang Aiman da tak ada.

“Aiman telah pergi selama2nya meninggalkan dunia ini, sejak tahun lepas. Terkelu, selepas 5 tahun saya tak dengar kabar Aiman, tetiba dapat kabar pemergiannya buat selamanya. Wan menyatakan masa arwah tengah nazak, wan cari no saya, tapi tak dapat. Dapat je no sy tadi terus wan segera contact saya, tapi arwah da tak de.

“Rupanya lepas saya stop contact dengan Aiman, Aiman terus leka dengan dunia gay nya. Kegiatan Aiman ni akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga Aiman. Keluarga Aiman da puas nasihat tapi dia tetap tak berubah. Kemudian Aiman menghilangkan diri dari keluarga dan kawan2 nya. Tak pasti bila, tapi keluarga Aiman dapat cari dia semula.. 1 hari ni kakak Aiman ada urusan di KL, singgah di rumah Aiman. Sampai je situ kakak dia terkejut tengok Aiman tengah sakit kuat, terus dibawa pulang ke kampung.

“Dimasukkan ke hospital selama seminggu bertarung nyawa. Aiman akhirnya pergi meninggalkan dunia ini menuju ke alam seterusnya. Rupanya Aiman merahsiakan penyakit yang dihidapinya. Keluarga Aiman memaklumkan kepada sedara mara dan orang kampung pemergiannya berpunca dari sakit jangkitan kuman di paru-paru. Tapi kakak Aiman bagitau sebenarnya ada “rahsia” lain.

“Andai kata Aiman meninggal berpunca dari penyakit yang diperoleh akibat dari hubungan seks bebas yang pernah dilakukannya, adakah saya yang bersalah?? sebab terus biarkan dia hanyut dengan dunia dia?? Sedangkan kalau saya seorang kawan yang baik, saya tak kan biarkan dia terus hanyut. Tapi saya da tak mampu nak tarik Aiman. Kalo kawan2 berada di tempat saya, apa yang akan korang semua buat? Ye saya rasa sangat bersalah, maafkan saya,” tulisnya.

Lelaki itu menasihati jika kita seorang kawan yang baik jangan terus biarkan kawan kita hanyut. Lebih penting adalah ibu bapa perlu menjaga anak baik-baik. Jangan terlalu percayakan orang walaupun saudara sendiri. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *