Lima terkorban pesawat terhempas di Mozambique

MAPUTO: Sekurang-kurangnya lima orang dikhuatiri terkorban apabila sebuah pesawat kecil terhempas hari ini di Zimbabwe berhampiran sempadan dengan Mozambique.

Pihak berkuasa Mozambique berkata, enam orang termasuk dua kru berada dalam pesawat yang terbang dari bandar pelabuhan Beira ke Mutare di sempadan timur Zimbabwe.

“Menurut laporan awal, mungkin ada mangsa terselamat dan kami tidak dapat mengesahkan jika mangsa lain maut,” kata Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Mozambique (IACM) Joao de Abreu dalam sidang media di sini.

Akhbar harian The Herald Zimbabwe melaporkan, semua enam penumpang di dalamnya terbunuh.

“Keadaan cuaca buruk mungkin menjadi punca nahas,” kata de Abreu.

IACM berkata, pesawat itu membawa empat eksekutif daripada Cornelder, syarikat persendirian Mozambique-Belanda yang menguruskan pelabuhan Beira.

Antara penumpang pesawat adalah pengarah eksekutifnya, Adelino Mesquira, saudara lelaki Menteri Pengangkutan Mozambique, Carlos Mesquita. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *