Mahathir Berjaya Buat Anwar Hilang Pengaruh Dalam Pakatan

07/03/2017 – Kehadiran Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kerjasama Pakatan Harapan telah menyebabkan rakyat lupa pada kewujudan Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keperitan Anwar meringkuk dalam penjara semakin memuncak apabila bukan sahaja pemimpin dan ahli dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja yang telah melupakannya. Malah rakyat juga bagai menganggap Anwar sudah ‘mati’ dalam dunia politik.

Setelah Mahathir menghulurkan salam perdamaian terhadap Anwar, salam tersebut bagaikan membunuh Anwar. Ini kerana Mahathir lebih diutamakan serta diberi perhatian oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP jika dibandingkan dengan peliwat tersebut.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga diberi keistimewaan apabila dibenarkan berucap di Pentas Reformasi yang dicetuskan dahulu kerana tindakan Mahathir yang menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Hairan bagaimana Mahathir boleh berucap di pentas Otai Reformasi sedangkan reformasi tersebut wujud kerana dirinya. Nampaknya Mahathir bukan sahaja nak halang Anwar jadi Perdana Menteri, tetapi beliau juga mahu menghapuskan Anwar dari pemikiran penyokong pakatan pembangkang dan pentaksubnya.

Itu baru sikit, ingatan rakyat terhadap Anwar juga makin pupus dan ini terbukti apabila buku bertajuk “Anwar Ibrahim Evolution of A Muslim Democrat” tulisan Charles Allers tidak laris di pasaran. Paling memalukan apabila buku tersebut dilelong pada harga RM5.00 sebuah.

Jelas dalam dunia politik sekarang ini, kewujudan Anwar di sebalik tirai besi sudah lagi tidak relevan malah semakin dilupakan.

Mungkin Anwar telah digantikan dengan Mahathir dan penglibatannya dalam pakatan pembangkang adalah untuk menyambung kerja menghalang Anwar dari terus berkuasa. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *