Mahathir Dan Macai Pakatan Jadi Tikus Bila Arab Labur RM31 Bilion

06/03/2017 – Sebelum ni bukan main lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan macai pembangkang melalak bagai terkena histeria menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeleweng dana RM2.6 bilion.

Walaupun perkara sebenar telah dijelaskan oleh pihak berkuasa termasuk Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, tapi dorang semua tetap menuduh Najib bersalah melakukan penyelewengan.

Nahhhh, sekarang ni bila Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan kaum kerabat dirajanya datang sendiri ke Malaysia, Mahathir tiba-tiba jadi tikus mondok dan tak berani lagi sebut Tok Arab Gila.

Bukan tu je, bila rakyat desak Mahathir untuk tanya sendiri pasal dana RM2.6 bilion tu, pengerusi parti bunga tu lari menyorok dalam lubang jamban.

Paling memalukan Mahathir adalah apabila Raja Salman mengumumkan pelaburan terus kerajaan Arab Saudi terhadap projek Rapid Pengerang.

Kalau betul la Najib bersalah seperti didakwa Mahathir dan macai pakatan pembangkang, mana mungkin baginda sanggup melaburkan sebanyak US$7 bilion (RM31 bilion) terhadap projek tersebut.

Pelaburan tersebut menunjukkan bahawa Najib tidak bersalah dan tuduhan yang dilemparkan selama beberapa tahun sebelum ini hanyalah satu fitnah dan hasutan gila dari seorang tua yang sudah nyanyuk.

Pelaburan baginda menjadi antara pelaburan terbesar dalam sejarah yang dibuat oleh Arab Saudi di Malaysia.

Bukan tu je, baginda juga telah memberi keistimewaan kepada negara apabila mengumumkan kuota haji yang diperuntukkan terhadap Malaysia meningkat daripada 22,700 kepada 30,000 orang jemaah bermula tahun hadapan.

Pengumuman menggembirakan tersebut bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada Mahathir, malah ia umpama melumur tahi ke mukanya. Mana Mahathir nak letak muka lepas ni??

Selama ni dok menjaja cerita kononnya Najib terlibat dengan isu dana RM2.6 bilion, jika benar begitu masakan Raja Salman sanggup melakukan pelaburan besar sedemikian. Pastinya sekarang ni Mahathir tak tidur lena kerana memikirkan agenda baru bagi memfitnah Najib.

Jelas segala yang diumumkan Raja Salman itu mengukuhkan lagi bukti bahawa tuduhan Mahathir selama ini langsung tidak berasas dan bermotifkan agenda peribadi semata-mata.

Kepercayaan yang ditunjukkan Arab Saudi terhadap Malaysia pasti akan membuatkan Mahathir terus menyorok dalam lubang jamban dan terus menjadi tikus mondok yang menyembunyikan kepalanya. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *