Malaysia Patut Berbangga Mempunyai Diktator Paling Lama Hidup Didalam Dunia

14/03/17 – Sedar atau tidak bahawa negara Malaysia sebenarnya mempunyai seorang pemimpin diktator paling lama yang pernah hidup dan berpegang teguh pada jawatannya. Malah rekod tersebut berada di tangga paling atas di dunia.

Tiada siapa dapat mengalahkan rekod yang dipegang oleh Lim Kit Siang selama dirinya menjawat jawatan sebagai Penasihat DAP setelah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP kepada anaknya Lim Guan Eng.

Seluruh rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dan meraikan ‘kejayaan’ Kit Siang yang telah menjadi pemimpin diktator paling lama di dunia. Kit Siang telah berjaya mengalahkan Kim Il-sung, iaitu pemimpin tertinggi Korea Utara yang memegang jawatan selama 46 tahun.

Sementara itu, Kit iang juga berjaya menewaskan Robert Mugabe yang telah berjaya mempengaruhi politik Zimbabwe selama 37 tahun. Begitu juga dengan Ferdinand Marcos yang hanya mampu bertahan selama 31 tahun sebelum digulingkan.

Rekod yang dipegang pemimpin veteran DAP ini juga telah berjaya menumpaskan pemerintahan Rusia di bawah Joseph Stalin selama 30 tahun. Pasti korang kenal benar dengan Saddam Hussein kan?? Haaa, Sadaam Hussein pun hanya mampu mengetuai Parti Ba&ath selama 30 tahun je beb!

Bangga betul Gomez sebab Kit Siang berjaya kalahkan Saddam Hussein. Setakat ini tiada siapa mampu kalahkan Kit Siang yang telah berjaya memonopoli jawatan selama 51 tahun.

Malah, Kit Siang bakal meraikan ulang tahun ke-60 mengetuai DAP sejak dari tahun 1969. Kit Siang berjaya mengekalkan jawatannya hasil daripada pembohongan dan penipuan.

Bahkan sehingga berpuluh-puluh tahun menjadi pemerintah, bermain dengan persepsi dan fitnah-memfitnah sudah menjadi makanan harian Kit Siang. Dia lah raja dalam segala mengeksplotasikan fakta.

Kit Siang kini sudah mahir dalam segala cara bagi menghalalkan segala yang haram dan mensucikan segala yang menghinakan.

Malah keupayaan istimewannya juga adalah menukar musuh-musuhnya kepada kawan-kawannya dan juga kawan-kawannya kepada musuh-musuh-nya. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *